ONEXOX
BannerFans.com

Lana Nordin Belum Berjumpa Ibu Johan As’ari, Bakal Tunai Umrah Bersama

on Sunday, December 22, 2013

Meski sedar akan status dirinya sebagai kekasih Johan As’ari, namun siapalah Lana Nordin untuk meramal hala tuju hubungan yang baru dibina bersama Johan.

Malah sehingga ke hari ini Lana Nordin belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu Johan As’ari setelah timbul kata-kata yang tidak enak mengenai penerimaan ibu Johan terhadap hubungan mereka.

Tambah Lana, dia menyerahkan segalanya kepada Johan. Sebagai lelaki, Johan sepatutnya lebih matang dalam membuat sebarang keputusan.



Justeru itu, dia tidak berani memberi sebarang komen berkenaan isu ibu Johan. Dia memberi lebih ruang kepada Johan supaya berbincang dan menyelesaikan masalahnya dengan keluarga.

“Saya ni perempuan. Tak manis rasanya kalau perempuan bercakap banyak. Lebih baik bertanya kepada empunya badan dan sebagai lelaki Johan berperanan untuk handle masalah dia dengan keluarganya. Saya taknak memandai pula”

Ditanya sejauh mana dia mahu membawa perhubungan tersebut bersama Johan, mudah dan ringkas jawapan Lana. Mereka masih terlalu baru. Masih terlalu banyak yang perlu dipelajarinya mengenai Johan. Lana tidak memilih untuk bertemu jodoh dengan sesiapa asalkan lelaki tersebut beriman dan dapat membimbing dirinya menjadi muslimah yang lebih baik.

Bercerita saat bagaimana dia boleh berkenalan dengan Johan. Yang sebetulnya Lana rapat dengan pelakon Lisdawati. Tidak lama dulu, ketika Lisdawati pergi menunaikan umrah dia mohon didoakan agar bertemu dengan lelaki dan Jodoh yang baik. Dan dia bersyukur apabila diketemukan dengan Johan.

Malah Mac tahun hadapan Lana dan Lisdawati merancang untuk bersama sama menunaikan ibadah umrah, dan sekali ditemani Johan As’ari.





Tambah Lana, sepanjang dia berkawan dengan Johan dia menerima banyak komen positif, bukan sahaja dari para peminatnya malah dari peminat Johan sendiri.

Lana jelas selesa dan gembira sepanjang perkenalannya bersama Johan, walau masing-masing sibuk dengan jadual pementasan teater Bahayanya Wanita yang kini sedang dipentaskan di Istana Budaya sehingga 31 December, mereka tetap curi-curi masa untuk bersama ketika waktu rehat dan selepas selesai latihan teater. Dan ya, Lana dan Johan sama-sama digandingkan dalam teater Bahayanya Wanita.

Bagi yang mahu menyaksikan lakonan mantap Lana Nordin sebagai Farhana isteri ketiga dalam teater Bahayanya Wanita bolehlah datang ke Istana Budaya. Teater akan dipentaskan bermula dari 20 Disember dan berakhir pada 31 Disember.

Lana menggantikan watak Nora Danish selama 2 hari. Sebelum menamatkan perbualan, Lana mohon agar peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved