ONEXOX
BannerFans.com

Melucah depan ibu, remaja akhirnya diberkas

on Monday, December 23, 2013

KOTA BHARU 23 Dis. – Seorang remaja berusia 19 tahun ditahan polis di Taman Intan, Lundang sini, Sabtu lalu selepas bertindak kejam memukul ibu kandungnya sendiri mengunakan sebatang penyapu serta berkelakuan tidak senonoh dengan wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman memberitahu, suspek yang juga pekerja kilang di bandar ini ditangkap di rumah mereka selepas ibu serta anak perempuannya membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, suspek telah mengamuk dengan menyerang dan memukul ibunya sendiri mengunakan sebatang kayu penyapu di bahagian anggota badan sehingga menyebabkan wanita berkenaan mengalami kecederaan.



Katanya, suspek juga telah bertindak biadab terhadap ibunya, Norul Aini Hassan, 59, yang juga seorang guru apabila sering kali menunjukkan kelakuan tidak senonoh di samping turut memberi gangguan seksual kepada wanita berkenaan.





“Hasil pemerikasaan yang dilakukan pegawai perubatan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) terhadap mangsa, dia (mangsa) telah mengalami luka dan lebam di bahagian anggota badan seperti paha dan belakang badan.

“Sebelum ini suspek setiap hari telah berkelakukan tidak senonoh serta bercakap lucah di hadapan ibunya. Suspek juga sering kali menunjukkan aksi perhubungan seks serta membuat ganguan seksual seperti meletakkan tangan di atas dada dan punggung mangsa.

“Malah mangsa juga diancam dari segi kewangan, fizikal dan mental setiap hari sehingga menyebabkan mangsa berada dalam ketakutan. Suspek juga pernah datang ke sekolah dan mengugut meminta wang daripada mangsa,” katanya di sini hari ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved