Difahamkan, foto berkenaan memaparkan sepasukan anggota bomba menaiki bot bersama seorang ustaz ketika menyusuri Sungai Moyog di Kampung Dambai, baru-baru ini untuk mencari seorang mangsa kemalangan sebelum ‘ditumpangi’ objek pelik di belakang bot mereka.
Kejadian itu hanya disedari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang Jamaluddin Hussin ketika memeriksa gambar yang dirakam dan terkejut sebaik menyedari salah satu foto berkenaan agak pelik.
“Ketika itu, entiti ini dilihat berada di belakang bot yang dinaiki lima anggota bersama seorang ustaz jam 3.15 petang, Khamis lalu dalam usaha membantu mengesan mangsa kemalangan, Mohammad Hafis Tussin, 20, yang hilang selepas lori dinaikinya terjunam ke dalam sungai.
“Pada masa foto ini dirakam, ustaz berkenaan dikatakan sedang membaca surah Yasin sambil mengocak air sungai,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment