ONEXOX
BannerFans.com

Peraduan email palsu paling kreatif, syarat-syarat penyertaan

on Monday, December 30, 2013

Rafizi Ramli dengan semangat mudanya mengotakan janji dengan melancarkan peraduan menulis email palsu paling kreatif dengan hadiah wang tunai RM1000.

Ia tindak balas pihak polis yang menyiasat beliau hanya berpandukan email palsu blogger Umno.



Rafizi menjemput sesiapa sahaja untuk menyertainya. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut;

1) Email palsu itu hendaklah dialamatkan kepada salah seorang sama ada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Email yang perlu digunakan adalah seperti berikut:

Dato’ Seri Najib Tun Razak – najib@pmo.gov.my
Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi – ahmadzahid@moha.gov.my
Tan Sri Khalid Abu Bakar – abkhalid@rmp.gov.my

2) Untuk layak menyertai pertandingan ini, setiap email yang dihantar kepada salah seorang dari mereka perlulah disalinkan kepada pertandinganemail@gmail.com

3) Peserta pertandingan bebas menulis apa-apa tajuk asalkan tidak melanggar undang-undang.





4) Setiap email yang ditulis akan dipamerkan di blog ini untuk kegunaan umum.

5) Pertandingan ini dibuka selama seminggu bermula hari ini 30 Disember 2013 dan berakhir 6 Januari 2014. Pemenang akan diumumkan pada 10 Januari 2014.

6) Penyertaan akan diadili mengambil kira kelucuan email dan perkaitan email dengan isu-isu semasa negara.

7) Pemenang akan dihubungi untuk urusan hadiah.

Segala persoalan boleh diajukan ke pertandinganemail@gmail.com , contoh email palsu pertama di atas boleh dibaca di http://emailpalsu.blogspot.com/

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved