Maka kenyataan kenyataan ‘tidak cerdik’ atau disebut dalam bahasa lunaknya ‘kenyataan tidak berasas’ atau dalam bahasa kasarnya ‘kenyataan bodoh’ oleh seorang menteri ataupun mereka yang berjawatan tinggi mungkin diterima pada zaman dahulu atas sikap feudalisme Melayu atau atas sebab kekurangan maklumat rakyat, namun hari ini kenyataan yang seperti itu hanya menjatuhkan nilai menteri yang terbabit dan memperlihatkan kerajaan tidak berkualiti kerana memilih mereka tidak ada kualiti untuk memimpin negara terutama di era ini..banyak kenyataan dari pihak kerajaan kebelakangan ini membentuk persepsi rakyat bahawa negara sedang dipimpin oleh mereka yang tidak berkelayakan..maaf ini sekadar pandangan saya seorang rakyat marhaen.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment