ONEXOX
BannerFans.com

Polis Negeri Sembilan siap sedia pantau sambutan tahun baru

on Tuesday, December 31, 2013

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan akan berlaku pada malam sambutan tahun baharu di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, bagaimanapun pihaknya memberi jaminan bahawa keadaan terkawal, namun tetap mengamalkan langkah berwaspada.

“Saya telah pun mengadakan mesyuarat dengan semua Ketua Polis daerah dan Ketua Jabatan meminta mereka bersiap sedia menjalankan tugas di tempat masing-masing.

“Saya difahamkan, memang akan ada sambutan menyambut tahun baru di beberapa daerah di sini yang dianjurkan oleh Adun atau Perbandaran, tapi ia secara kecil-kecilan dan saya percaya semuanya berada dalam keadaan terkawal,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Buletin Polis Negeri Sembilan di Ibu Pejabat Kontinjen negeri, di sini semalam.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri yang baharu.

Asisten Komisioner, Baharom Othman yang berkhidmat di negeri ini sejak dua tahun lalu menerima kenaikan pangkat dan akan bertugas di Bukit Aman di bahagian ‘Special Task Force’.





Menggantikan beliau ialah Pemangku, Deputi Superitendan, Pang Jin Lai yang sebelum ini bertugas di Balai Polis Cheras di Unit Pengajian Siasatan Narkotik hampir dua tahun.

Baharum dalam ucapannya melahirkan penghargaan di atas kerjasama diberikan oleh semua anggota polis sepanjang berkhidmat sebagai Ketua JSJN di negeri ini.

“Tanpa kerjasama dan persefahaman yang kukuh, agak sukar untuk saya menjalankan tugas dengan baik di sini,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved