ONEXOX
BannerFans.com

Tiga Termasuk Bayi Maut Dalam Kemalangan Babit Enam Kenderaan Di Highway Pedas-Linggi

on Friday, December 6, 2013

REMBAU: Tiga termasuk seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Km244.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke selatan pada Jumaat.

Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, pemandu bas persiaran warga Singapura Ahmad Zaki Kassim, 33, dan Rasidah Abdul Latip, 30, yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak Rasidah yang berusia 10 bulan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.

Sementara suami Rasidah, Khairul Nazri Yusof, 34, dan seorang penunggang motosikal berusia lingkungan 30-an cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.











Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku apabila sebuah lori tangki yang dalam perjalanan dari Seremban menuju selatan dipercayai hilang kawalan dan berpusing.





Katanya akibat itu lori berkenaan kemudian merempuh kereta Myvi yang dinaiki Rasidah bersama suami dan anak mereka serta dan sebuah teksi.

"Kereta Myvi yang dipandu Khairul Nazri terperosok di belakang lori tangki itu sebelum dirempuh pula teksi berkenaan," katanya di lokasi kejadian.

Jurucakap itu berkata tiga kenderaan lain iaitu sebuah lori seberat 16 tan, sebuah bas persiaran dan sebuah motosikal yang mengekori dari belakang turut merempuh lori tangki itu.

"Bas persiaran yang tidak berpenumpang itu yang dipandu Ahmad Zaki melanggar bahagian badan lori tangki berkenaan sebelum lori lain yang membawa bahan binaan dan sebuah motosikal turut melanggarnya," katanya.

Katanya pemandu dan penumpang kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Abd Halil Hamzah mengesahkan kejadian itu dan berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved