“Sewajarnya beliau perlu menerima tawaran tersebut memandangkan Umno memerlukan orang agama untuk membantu mereka.
“Jika kita berada di luar dan tidak sama-sama di arus perdana, kita pasti tidak dapat membantu, nescaya kita akan melakukan sesuatu yang saya anggap dosa kepada agama ini,” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.
Dr Asyraf Wajdi juga berkata, apa yang paling penting adalah Ustaz Kazim dapat terus memberikan sumbangan kepada masyarakat menerusi ilmu agama yang dimilikinya dan menyerahkan sepenuhnya kejayaan dakwah hanya kepada Allah.
“Lebih mustahak Allah akan menilai apakah sumbangan kita bukannya natijah. Soal berjaya atau tidak bukan kerja kita, itu kerja Allah.
“Paling penting kita sumbang apa yang kita mampu berasaskan ilmu yang kita ada,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment