ONEXOX
BannerFans.com

Video Dakwaan Anwar Mengenai Pengundi Bangladesh Ditayang Semasa Perhimpunan Agung Umno

on Thursday, December 5, 2013

KUALA LUMPUR: Video yang memaparkan ketua pembangkang mendakwa kononnya Barisan Nasional (BN) membawa masuk lebih 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lepas ditayangkankepada anggota perwakilan Perhimpunan Agung Umno 2013 pada Khamis.

Rakaman yang dipetik daripada portal berita Malaysian Gazette itu menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan itu pada dua majlis iaitu semasa sidang akhbar dan dalam satu ceramah politik.

Sedutan video itu yang diselitkan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar sebagai Presiden Umno menyebabkan kira-kira 3,000 perwakilan dari 191 Bahagian Umno di seluruh negara bertindak bersorak mengejek ketua pembangkang berkenaan.



Antara dakwaan yang dibuat Anwar dalam sedutan video itu ialah BN menaja 16penerbangan khas setiap hari bagi membawa warga Bangladesh dan Indonesia masuk ke negara ini untuk menjadi pengundi pada PRU-13.

Penasihat PKR itu juga mendakwa BN tidak mendapat sokongan rakyat padapilihan raya berkenaan sehingga terpaksa membawa masuk warga asing sebagaipengundi bagi memastikan kemenangan mereka.





Tayangan video itu dibuat ketika ucapan Najib menyentuh mengenai dakwaanAnwar itu.

Najib ketika menyentuh perkara itu melempar sindiran: 'Sejak bila Malaysia mempunyai suku kaum Bangladesh'.

Beliau juga memaklumkan anggota perwakilan bahawa momokan pembangkang itu menyebabkan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina terkejut dan menafikannya apabila perkara itu dimaklumkan kepada beliau sempena lawatan kerja Perdana Menteri ke negara berkenaan bulan lepas.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

admin… mesti ko sakit hati kan?
ko kan kaki pembangkang!
bhahahaha….


December 5, 2013 at 2:35 AM
Anonymous said...

anon 2:35am, admin sakit ke ko yang buta mata dan hati. menghalalkan penipuan yang nyata.menjadi pengikut yang tolol.balik lah ke pangkal jalan.


December 5, 2013 at 2:52 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved