ONEXOX
BannerFans.com

Tunggu 2 kakak untuk bersanding

on Sunday, December 1, 2013

Jempol: Seorang gadis yang bernikah Februari lalu sanggup menunggu dua kakaknya diijab kabul semata-mata untuk bersanding bersama-sama, kelmarin.

Nur Nasuha Azizi, 20, anak bongsu daripada empat beradik berkata, dia bersyukur impiannya tercapai untuk disandingkan bersama kakaknya, Nur Ainatul Mardiah, 24, dan Nur Nadirah, 27, dalam majlis berlangsung meriah di rumah mereka FELDA Palong 11.

Menurutnya, Nur Ainatul Mardiah bernikah pada 5 Oktober lalu manakala kakak sulung, Nur Nadirah melakukan perkara sama pada Jumaat lalu.



Katanya, sama seperti kedua-dua kakaknya, keluarganya hanya membuat kenduri doa selamat ketika majlis pernikahannya.

“Nur Ainatul Mardiah turut mengimpikan kami dapat bersanding bersama. Malah, keluarga suami, Mohd Fairiss Md Ross, 28, tidak ada sebarang halangan apabila saya meluahkan hasrat itu, bahkan menyokong idea saya untuk bersanding beramai-ramai,” katanya yang kini mengandung dua bulan.





Sementara itu, Nur Nadirah yang bernikah dengan Mohd Khairul Helmi Ismadi, 27, berkata, dia tidak menyangka majlis persandingan serentak terbabit menjadi kenyataan.

“Kami agak sedih kerana hari bahagia ini tidak dapat disaksikan ayah yang kembali ke rahmatullah akhir Ogos lalu akibat serangan jantung,” katanya.

Suami Nur Ainatul Mardiah, Muhamad Zarizal Abdul Rahman, 25, pula berkata, dia tidak ada masalah untuk berbuat demikian kerana dapat menjimatkan belanja dan tenaga.

“Lagi pun kami semua saling mengenali antara satu sama lain kerana saya dan biras berkawan lama dan tinggal di tempat sama selain isteri diperkenalkan oleh adik ipar saya,” katanya yang bekerja sebagai kontraktor.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved