Dalam kejadian kira-kira 9.17 malam itu, Ahmad Azrie Hakim Romzi, 12, dan adiknya berusia 18 bulan, empat dan enam tahun berjaya menyelamatkan diri.
Menurut Hakim, ketika kejadian dia baru sahaja ingin makan malam dan ternampak api sedang marak dari bilik kosong di bahagian belakang rumah berkenaan.
“Sebaik sahaja melihat api saya terus mengejutkan dua adik saya yang sedang tidur di ruang tamu dan mendukung Nurul Qalesha.
"Saya sempat mengejutkan datuk saudara, Norehan Ahmad, 30-an, yang juga tertidur selepas balik kerja, kami segera lari keluar rumah melalui pintu depan rumah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Nenek mangsa, Rohana Ahmad, 56, berkata, dia menyedari kejadian itu apabila terlihat api marak dari kedai makan mereka yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah.
"Saya terus berlari ke rumah kerana keempat-empat cucu berada di rumah dan apabila sampai ke rumah, api marak menghalang saya masuk ke dalam.
"Saya diberitahu jiran cucu saya selamat, mujurlah mereka dapat melarikan diri. Kebiasaannya, Qalesya dijaga pengasuh pada waktu malam manakala yang lain akan berada di kedai makan," katanya.
Bagaimanapun, pada malam berkenaan, kesemua mereka berada di rumah kerana Qalesya tidak dihantar ke rumah pengasuh.
Tambah Rohana, mereka sekeluarga baru menetap di situ sejak dua bulan lalu kerana mahu menjaga rumah berkenaan yang telah 60 tahun didirikan dan ia juga baru siap diubah suai.
Berikutan insiden berkenaan, sepasukan 11 anggota dari dua balai bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Mohd Sani Ithnin dikejarkan ke lokasi berkenaan sebaik menerima panggilan orang awam.
Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau tiba awal di lokasi kerana sedang melakukan rondaan sempena Ops Selamat sempena perayaan Tahun Baru Cina.
“Bagaimanapun, rumah kayu itu terbakar 100 peratus dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 9.41 malam. Kami turut menerima bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin," katanya.
Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment