Sinar Harian difahamkan, kejadian disedari oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkannya kepada kakitangan MDJL, sekitar jam 10 pagi.
Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superitenden Tukiman Seriman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 12.39 tengahari pada hari sama.
“Hasil siasatan mendapati, kawasan berkenaan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan orang ramai atau saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Jamilah Mohamad di talian 06-4582222.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat," katanya.
Dalam kes berlainan, seorang lelaki berusia 30-an dicekup selepas dipercayai terlibat dalam kes cubaan mencuri lembu di Felda Pasoh, Selasa lalu.
Tukiman berkata, suspek ditahan di kediamannya kira-kira jam 1 pagi, Rabu lalu selepas pengadu berumur 40-an membuat laporan mengenai insiden itu pada hari kejadian.
“Bagaimanapun, pihak polis sedang mengesan rakan suspek juga berumur 30-an yang berjaya melarikan diri ketika serbuan dijalankan," katanya.
Menurut Tukiman, kejadian disedari pengadu apabila terserempak dengan dua suspek yang dikenali ketika dalam perjalanan selepas melihat lembu-lembunya di kebun kelapa sawit.
Tukiman berkata, lebih mencurigakan pengadu apabila dia melihat suspek memegang batang paip plastik untuk menyumpit.
"Hasil pemeriksaan, pengadu mendapati seekor lembu miliknya pengsan dengan kesan jarum suntikan ubat pelali di badannya.
"Dipercayai, suspek mencuri lembu untuk dijual sekiranya terdapat permintaan daripada pelanggannya," katanya.
Difahamkan, suspek telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bahau pagi semalam, dan dikenakan penjara sehari dengan denda RM3,500.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment