gambar hiasan
Seorang peniaga diserang adiknya menggunakan senjata tajam disyaki pisau kerana perselisihan faham berkaitan harta pusaka. Kejadian berlaku di Kampung Gaung, Nilam Puri, Kota Bharu, kelmarin.
Kejadian berlaku setikar jam 12.30 tengah malam, mangsa yang berusia 50 tahun menerima 13 jahitan di kepalanya.
Ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya dan suspek yang berusia 40 tahun datang ke rumah dengan membawa kayu disyaki untuk merosakkan harta benda milik mangsa.
Bagaimanapun, suspek beredar seketika menyebabkan mangsa mencarinya di kawasan berhampiran sebelum suspek tiba-tiba muncul semula dan menyerangnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
“Siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka arwah bapa yang berpihak kepada mangsa,” katanya, lapor HM.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment