Sumber berkata, pasangan berkenaan diserbu lebih 10 individu terdiri daripada penduduk taman, polis dan imam masjid berdekatan, pada jam 11.20 malam iaitu kira-kira selepas sejam pasangan berkenaan dilihat pulang bersama.
Menurutnya, ketika serbuan dibuat, lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak hanya bertuala ketika membuka pintu, manakala si gadis berada di dalam bilik.
"Ketika itu, keluarga gadis berkenaan tiada di rumah dan penduduk melihat pasangan berkenaan pulang ke rumah dengan menunggang dua motosikal berbeza,” katanya.
Seorang penduduk, Amir Riduan Abdullah, 52, berkata, dia menerima panggilan daripada penduduk untuk meminta bantuannya menghubungi polis dan individu berkaitan sekitar jam 10.45 malam.
“Selepas menghubungi polis saya terus ke lokasi kejadian bersama-sama penduduk yang lain untuk membuat serbuan. Ketika mengetuk pintu, sebahagian penduduk berada di hadapan rumah, manakala selebihnya berada di pintu belakang.
“Pasangan berkenaan akhirnya dibawa ke Balai Polis Tampin untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes berkenaan diserahkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Tampin untuk tindakan selanjutnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment