ONEXOX
BannerFans.com

Yusof Haslam Harap Syamsul Berhenti Merajuk Selepas Kahwin

on Tuesday, January 21, 2014

Penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam berharap rajuk hati anak lelakinya, Syamsul Yusof akan hilang selepas pengarah muda itu bernikah dengan gadis pilihan hatinya, pelakon Puteri Sarah Liyana.

Menurut Yusof Haslam ekoran isu cetak rompak yang melanda filem KL Gangster 2 arahannya tahun lalu, sehingga kini Syamsul masih belum bersemangat untuk kembali semula ke dunia pengarahan filem seperti sebelum ini.

“Sejak selesai pembikinan KL Gangster 2, sehingga ke hari ini dah dua tahun dia (Syamsul) tak buat filem. Dia masih rasa terkilan dan merajuk”



“Tapi buat masa ni saya pun faham keadaan dia. Tidak apalah. Biar dia selesaikan dulu majlis perkahwinan dia. Mudah mudahan selepas bergelar suami nanti sikapnya akan berubah”

“Harap dia jangan lagi merajuk sebaliknya bangkit dari kekecewaan dan kembali bersemangat untuk mengarah semula”, kata Datuk Yusof Haslam di sidang media drama Gerak Khas musim terbaru, bertempat di Ibu Pejabat Balai Polis Bukit Aman, petang semalam.

Yusof juga dalam pada itu meluahkan rasa risau dengan sikap anak lelakinya itu namun sebagai bapa, beliau cukup memahami dan meletakkan harapan yang tinggi agar Syamsul membuat kemunculan semula selepas bergelar suami nanti.





Tambahnya lagi, beliau juga berharap drama Gerak Khas musim kali ini akan mendapat sentuhan Syamsul bagi beberapa episod seterusnya.

“Saya harap Syamsul boleh ambil alih untuk arahkan pula Gerak Khas. Semasa Syamsul lahir, saya mula arahkan drama ini. Dan boleh dikata dia membesar dengan duit hasil drama ini”

“Jadi saya harap lepas ni dia pula yang akan arahkan Gerak Khas. Malah pihak Bukit Aman juga sebenarnya minta dia arahkan filem Gerak Khas”, tambahnya lagi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved