Pasukan Negeri Sembilan pastinya menagih kepakaran V.Sundramoorthy untuk membawa kembali kegemilangan bola sepak Negeri Sembilan. Kesungguhan itu dapat dilihat apabila bekas penyerang berbisa mereka, Jean Emmanuel Effa Owana kembali ke pangkuan pasukan Negeri Sembilan selain 3 lagi pemain import berwibawa iaitu Kim Jin Ryoung dari Korea Selatan, Jean Marc Alexandre (Haiti) dan Josep Kaplan (Slovakia). Selain mengekalkan beberapa pemain musim lalu seperti Norhafiz Zamani Misbah, Eddy Helmi Manan, Fauzi Nan, S.Sivanesan, Firdaus Azizul, Tengku Qayyum dan pemain-pemain lain, Negeri Sembilan turut menandatangani pemain-pemain tempatan berkualiti seperti K.Nanthakumar, M.Sivanesan, Sumardi Hajalan, Nizam Bakar bagi memperkuatkan pasukan mereka musim depan.
Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Negeri Sembilan pastinya menjadi antara pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan Liga Premier 2014 akan datang. Namun saingan 12 lagi pasukan juga pastinya sengit. Berikut adalah senarai pemain Negeri Sembilan untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang :
Penjaga Gol
1 Mohammad Yaim bin Abdullah, 21 Mohd Kaharuddin bin Abdul Rahman, 22 Badrulzaman bin Abdul Halim
Pertahanan
2 Fauzi bin Nan, 3 Tengku Qayyum Ubaidillah bin Tengku Ahmad, 4 Jean Marc Alexandre, 6 Mohd Radzuan bin Abdullah, 15 Kim Jin Ryoung, 17 Mohd Alif bin Samsudin, 18 Muszaki bin Abu Bakar, 20 Mohd Dzaiddin bin Zainuddin, 23 Mohd Nizam bin Bakar, 24 Sumardi bin Hajalan, 26 Zulfaizham bin Kamis
Tengah
5 Norhafiz Zamani bin Misbah, 8 Abdul Halim bin Zainal, 9 Eddy Helmi bin Manan, 12 G. Puaneswaran, 13 K. Nanthakumar, 14 V. Kayichelvan, 16 S. Sivanesan, 19 M. Sivakumar
Penyerang
7 Mohd Firdaus bin Azizul, 10 Effa Owona Jean Emmanuel, 11 Mohd Shoufiq bin Mohamad Kusiani, 25 Josep Kaplan
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment