ONEXOX
BannerFans.com

Cubaan meraba dalam pesawat, pelajar Malaysia buat aduan

on Wednesday, January 29, 2014

BANGALORE - INDIA. Seorang pekerja sebuah hospital swasta ditahan selepas seorang pelajar Malaysia menuduhnya berkelakuan sumbang terhadapnya dalam pesawat, lapor akhbar Times of India.

Pelajar wanita itu yang belajar di kolej pergigian di Mangalore berkata lelaki berumur 36 tahun tersebut menyentuhnya dengan tidak wajar dalam penerbangan pesawat JetKonnect dari Bangalore ke Mangalore pada Selasa.

Pesawat itu meninggalkan Bangalore pada 7 pagi. Pelajar itu menuduh lelaki tersebut berkelakuan tidak wajar, menurut akhbar itu.

Walaupun dia tidak membuat laporan kepada kru kabin, tetapi dia membuat laporan kepada staf syarikat penerbangan selepas mendarat, yang seterusnya memberitahu pihak polis di Mangalore yang menahan lelaki tersebut untuk di soal siasat.



Lelaki itu ditahan dan dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan. Pihak polis berkata majistret telah mengenakan tahanan reman kepadanya.

Inspektor Narasimha Murthy berkata lelaki tersebut didakwa kerana melakukan serangan/menggunakan paksaan jenayah terhadap seorang wanita dengan niat mencabul kehormatannya.

Sumber berkata lelaki itu memberitahu polis dia sedang tidur semasa penerbangan itu dan tangannya yang secara tidak sengaja terkena pelajar berkenaan telah disalah anggap sebagai melakukan gangguan seksual.





Narasimha mengesahkan mangsa tidak membuat aduan kepada kru kabin pesawat.

"Kami akan memanggil kru kabin untuk disoal," katanya.

Kru tidak mengetahui tentang kejadian itu sehingga pelajar itu membuat laporan kepada staf di lapangan terbang.

"Sekiranya insiden tersebut berlaku semasa di udara, pihak kru perlu membuat laporan dengan jabatan keselamatan di pejabat Bangalore (pejabat syarikat penerbangan)," kata satu sumber.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved