ONEXOX
BannerFans.com

Filem “The Wolf of Wall Street” terbitan anak Rosmah Mansor diharamkan

on Sunday, January 19, 2014

FILEM terbitan anak Datin Rosmah Mansor, Riza Aziz “The Wolf of Wall Street” diharamkan tayangannya di Malaysia ekoran banyak bahasa kurang sopan serta mengandungi babak lu – cah yang melampau lapor laman web hiburan The Hollywood Reporter, THR.



THR melaporkan, “Sumber dalaman pejabat filem kerajaan Malaysia memaklumkan THR bahawa pengedar filem itu sudah sedia maklum, mereka akan berdepan masalah besar dengan lembaga penapisan kerana kelu -cahan, babak b0gel serta se – ks sewaktu tayangannya”.

Filem, yang menjadi pesaing dalam anugerah berprestij Academy Award itu, mencipta rekod penggunaan perkataan lu – cah ‘F’ paling banyak dalam filem R-rated.

Menurut Variety, perkataan ‘F’ itu diucapkan 506 kali dalam filem itu, atau 2.81 kali seminit.

Red Granite Pictures membenarkan kandungan tertentu filem itu dipotong untuk melepasi proses tapisan di beberapa negara.



Sebagai contoh, bagi tayangan di India, tiga babak terpaksa dipotong iaitu adegan pesta seks gay liar, adegan onani di tempat awam dan satu lagi adegan melibatkan aksi Leonardo DiCaprio menghembus kokain ke dalam punggung seorang perempuan.





Sebelum ini Daily Mail melaporkan, 45 minit babak di dalam filem tersebut terpaksa dipadam kerana kandungan lu – cah dan bahasa tidak sopan yang tidak sesuai dengan budaya Timur Tengah.

Setakat ini, filem itu telah mengutip AS $ 80 juta di Amerika Syarikat dan AS$ 40 juta di peringkat antarabangsa.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Penerbit filem ini orang melayu tp belum tentu islamnya, tengok perangai mak mcm tu lah anaknya.


January 20, 2014 at 2:29 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved