Mat Said, MB Terengganu yang kebetulan melalui jalan tersebut untuk menghadiri program penyampaian bantuan Dana Bakti Remaja di Dewan Sivik Kijal, Kemaman jam 3.45 meminta pemandunya memberhentikan kenderaan untuk membantu.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Rosli Zakaria berkata, Ahmad Said cuba menyelamatkan mangsa termasuk membantu mengeluarkan mangsa tersepit di dalam kereta.
“Tetapi, mangsa itu tidak dapat dikeluarkan kerana keadaannya tersepit dan parah. Namun, beliau memberi kata semangat kepada mangsa yang menahan kesakitan.
“Kenderaan milik beliau juga digunakan untuk menghantar mangsa ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan,” katanya dipetik Harian Metro.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment