Menurutnya, keadaan kesihatannya semakin pulih walaupun pada awalnya sedikit gawat.
"Assalamualaikum... penghargaan saya kepada semua pihak yang telah mendokan kesejahteraan dan kesembuhan saya.
"Terima kasih kepada yang datang berziarah. Mohon maaf setulus hati kepada yang datang bertamu tetapi tidak berkesempatan menziarahi saya atas saranan dan atas arahan doktor yang merawat saya.
"Alhamdulillah... keadaan saya beransur pulih walaupun mungkin sedikit gawat awalnya (sedikit saja)," katanya yang dipetik dalam laman Facebooknya.
Terbaru, akhbar Sinar Harian melaporkan keadaan Haron yang menerima rawatan di IJN dilaporkan bertambah baik.
Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau mendapat maklumat keadaan kesihatan Haron jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
“Setakat ini, beliau masih menerima rawatan di IJN. Belum dapat dipastikan bila beliau boleh dibenarkan keluar hospital. Tetapi, kesihatannya semakin baik.,” katanya.
Dalam pada, Haron juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin yang datang melawatnya dari serata pelusuk negara.
"Saya amat berterima kasih kepada para pemimpin negara, sanak saudara dan sahabat handai, dari Malaysia, Brunei, Thailand dan semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saya.
"Semoga ALLAH meredai kita semua dan menganugerahkan sihat walafiat," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment