Bukan tujuan untuk menyalahkan sesiapa tetapi kakitangan awam yang cuai dan mengambil mudah amanah yang diberikan harus ditegur serta diambil tindakan tegas.
Bapa berkenaan tiba di hospital itu pukul 9.30 malam dan perkara pertama yang dibuatnya mendaftar anaknya selepas itu melalui proses saringan.
Semua itu berjalan lancar dan pantas… hanya 10 minit…
Namun, dari 9.40 beliau menanti sehingga pukul 3.45 pagi untuk anaknya yang sedang demam mendapat rawatan.
Itu pun bukannya sebab nombornya sudah dipanggil, tetapi sebab sudah tidak bertahan maka beliau masuk ke bilik rawatan. Kalau beliau masih menunggu dengan badan anaknya yang sedang panas membara… entah pukul berapa lagi baru anaknya akan mendapat rawatan.
Apa yang dilihatnya sebaik masuk bilik rawatan…. dua kakitangan yang merupakan pembantu kesiahatan (MA) sedang rancak berborak sambil makan kerepek.
Dua orang duk makan kerepek… apa yang anda dapat rumuskan? Sudah semestinya tidak ada kecemasan kan? Kalau ada takkan dekat pukul 4 pagi boleh duduk makan kerepek sambil bersembang.
“Oh… kami baru nak panggil nombor ini” respon yang diberikan salah seorang daripada dua HA itu…. lebih pada nak cover line.
Oh yea… bukan bertujuan racist… tetapi andai la kalau Pengarah Hospital Serdang rasa nak buat kerja dan perbaiki mutu kerja kakitanganya, maka kedua kakitangan itu adalah perempuan India muda.
Tujuan kami letak untuk narrow down siapa yang kami maksudkan itu.
Ok… sekarang berbalik dari tempoh 9.40 malam (selepas saringan) hingga terpaksa menebalkan muka masuk ke bilik rawatan untuk anak dapat perhatian…apa yang dilihat bapa berkenaan?
Antaranya… budak-budak di bawah umur setahun ada yang menangis sampai sejam tanpa ada pegawai perubatan yang kisah. Ada ibu-bapa yang tak larat menunggu sehingga terpaksa pulang (mungkin berkerja pada esok hari), ada yang terpaksa berbaring di kerusi hospital kerana terlalu lama menunggu.
Sepatutnya keutamaan diberikan kepada anak-anak kecil tetapi itu tidak berlaku.
Hospital Serdang sudah bagus polisinya apabila 3 bilik rawatan dibuka pada malam itu… namun semua bilik macam hendak tak nak aje memberikan rawatan.
Hanya satu bilik menerima pesakit satu masa dan dua bilik diam. Seolah-olah ada persefahaman antara yang berkerja untuk bergilir-gilir melayan pesakit dan bukannya secara serentak.
Satu bilik kerja, dua bilik relax berjam-jam. Bilik yang berkerja tu pun hanya akan panggil dua tiga nombor sebelum pesakit terpaksa menunggu terlalu lama bagi nombor seterusnya. Lepas tu bilik lain pulak buat kerja sikit.
Dan tentu dengan cara itu kakitangan yang sepatutnya berkerja boleh gilir-gilir tidur kan…
Akhirnya nanti semua bilik rawatan nampak macam berkerja dan melayan pesakit tetapi ia dibuat dengan bergilir-gilir sebenarnya. Pandai-pandai buat sistem kerja sendiri… Sangat licik taktik seperti itu bukan.
APA NI? Lawak jenaka ke dalam melayan pesakit?
Kerajaan membelanjakan bilion ringgit setiap tahun untuk perubatan percuma, polisi semua sudah diatur, tatakerja sudah diperjelaskan, piagam pelangan terpampang di dinding hospital… namun kakitangan hospital yang BIJAK PANDAI membuat sistem kerja sendiri seperti hanya satu bilik melayan pesakit dan dua lagi berehat.
Akibatnnya sampai kena tunggu dekat 6 atau 7 jam sebelum dilayan…
Penulis yakin semua itu sengaja dibuat dan kelemahan pemantauan hospital adalah punca terjadinya sikap seumpama itu.
Bapa berkenaan bukan mahu komplen tetapi itu sahaja pilihan hospital yang dia ada waktu itu… namun kakitanganya pula memilih untuk makan kerepek sambil bersembang sesama sendiri.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 8 comments... read them below or add one }
Memang kene tgu lame..rumah saya belakang hosp tu pun x sangup nak dptkan rawatan disana..pernah dulu dagu anak tkoyak dan perlu djahit...dari pukul 5ptg samPai,pukul11mlm baru dijahit..itu pun slps puas btanya"brp lame lg saya nak tgu?"
January 9, 2014 at 4:48 AM
pnh pg nk bt lesen bahagian yg bekenaan..siap suruh tunggu..nk layan telefon..ini ke etika kerja kerajaan..naik gaji,naik bonus semua pn kerajaan..
January 9, 2014 at 6:44 AM
pnh pg nk bt lesen bahagian yg bekenaan..siap suruh tunggu..nk layan telefon..ini ke etika kerja kerajaan..naik gaji,naik bonus semua pn kerajaan..
January 9, 2014 at 6:45 AM
Kebabian apakah ini? Sikap segelintir kakitangan kerajaan yang lebih babi dari babi inilah yang semakin membangsatkan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Gaji nak besar.. elaun nak besar.. bonus nak tiap tahun.. tp kualiti hanya indah bagai dilukis menggunakan taik anjing.
January 9, 2014 at 8:29 AM
Adakah betol ape yg dikatakan seperti diatas,cuma antara owner dgn tuhan saja yg maha mengetahui,adakah betol mcmne owner tahu yang mkn kerepek tu adalah HA?klo benar sekali pn adakah anda patut berbicara dilaman sawang nie,komen anda boleh mendatngkn persepsi buruk itu pn jika benar,jika tuduhan anda salah,mcmne?apakah tindakan anda jika hanya berani bersuara dilaman ini tetapi tidak mengambil langkah seperti membuat surat aduan ke pengarah hospital,anda diluar sana bleh berfikirkan?sy disini bkn ingin menyokong sesiapa tetapi komen anda bleh mendatangkn persepsi buruk/kebencian terhadap kakitangan kerajaan,anda tahu xmcmne teruknya tggungjwb kakitangan awam memikul beban kerja saban hari,pikir pikirkan lah
January 9, 2014 at 4:34 PM
Ape babi?ape anjing?xde lagi bagus ayat ko nk guna?!sial la ko ni ek?bonus ape besar?gaji ape banyak?ktorg keje tunggang tunggik,xpnah la mintak balasan ke hape.yg si babi ni,jgn kau jejak hosp kerajaan!jgn kau jejak klinik kesihatan!bahase bia baik skit bro.aku pn bahase da jd teruk pasal kebabian yg ko nk tunjuk kt cni.haram jadah btol!
January 9, 2014 at 9:16 PM
nmpk sgt le jeles sbb xdpt kerja kerajaan
January 10, 2014 at 4:54 AM
Saya pernah bawak baby saya pergi ke emergency University Hospital in PJ which i hardly go to government hosp.For this instance, I had to go due to the illness was not covered by my insurance. Surprisingly, they attended my baby quit fast sebab adult n baby section is separated. Saringan also did not take a long time within 15 mins sahaja amd specialist on call pun come and attended to us dengan cepat. So, I m quit surprise kenapa Hospital Serdang takda ada separation in term of baby n adults..emm..
January 10, 2014 at 8:48 PM
Post a Comment