ONEXOX
BannerFans.com

Lelaki berjalan kaki Kuala Besut-Putrajaya meninggal ?

on Thursday, January 9, 2014

BESUT: Keluarga Mohd Noor Mat yang mencipta sejarah berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya pada September lalu, hari ini menafikan khabar bahawa beliau meninggal dunia selepas diserang sekumpulan lelaki.

Isterinya Zamilah Abdul Latiff, 45, berkata fitnah itu yang disebar menerusi laman sosial Facebook sejak malam semalam, turut disertakan dengan gambar orang ramai mengusung jenazah.

“Saya amat sedih bila ada pihak yang sanggup memutar belit kejadian itu dan membuat berita palsu,” katanya kepada BERNAMA, di sini, hari ini.



Beliau berkata, suaminya yang diserang sekumpulan lelaki berhampiran Dewan MDB Gong Kemuntong, Jerteh pada Ahad lalu dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia susulan kecederaan pada kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.





“Selepas dirawat hampir empat hari, dia dibenar keluar pagi semalam dan sudah semakin sihat,” katanya.

Menurut Zamilah, adik iparnya juga sudah membuat laporan polis berhubung serangan terhadap Mohd Noor.

Pada 22 September lalu, Mohd Noor, 46, yang bekerja dengan Yayasan Islam Terengganu menunaikan nazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya susulan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.

Beliau mengambil masa 12 hari untuk menamatkan perjalanan sejauh 600 kilometer itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved