Memetik kenyataan di mStar online, Ifa berkata, dia bakal berangkat ke tanah suci bersama suaminya, Mohd Yani Abdul Rahman dan sedang memilih pakej serta tarikh sesuai untuk ke sana.
"Sebelum ini sudah beberapa kali kami merancang untuk ke Mekah tetapi masih belum rezeki untuk ke sana dan Insya-Allah pada bulan Mac ini kami akan ke Tanah Suci.
"Buat masa ini kami sedang cari pakej sesuai dan masih belum menetapkan tarikh untuk berangkat. Harap-harap urusan kami dipermudahkan," katanya.
Dalam pada itu, Ifa berkata, sebagai persediaan dia banyak bertanya kepada rakan-rakan yang pernah mengerjakan ibadah itu sebagai panduan ketika berada di sana nanti."Selain itu saya juga banyak membaca buku panduan dan doa sebagai persediaan selebihnya banyak bertanya kepada rakan-rakan yang pernah ke sana tentang pengalaman mereka," katanya.
Ditanya adakah dia akan mengubah penampilannya dan mengenakan hijab selepas balik daripada umrah, Ifa berkata dia tidak dapat berjanji mengenai perkara itu.
"Perkara seperti itu perlu datang dari hati yang ikhlas dan saya sendiri tidak tahu adakah saya akan memakai tudung secara kekal selepas pulang nanti.
"Jika saya berjanji akan berbuat demikian tetapi gagal menunaikannya ia akan memberi kesan lain kepada saya nanti," jelasnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment