Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata peningkatan perbelanjaan kenduri perkahwinan dijangka berlaku disebabkan semua urusniaga membabitkan barangan dan perkhidmatan akan dikenakan GST termasuk kos menyediakan makanan atau katering, menyewa dewan, menyewa khemah dan perkhidmatan jurufoto.
“Jika perniagaan katering itu tidak mendaftarkan syarikatnya untuk mengenakan GST kepada pelanggan, ini akan menyebabkan dia terpaksa menanggung caj yang dikenakan kepadanya oleh pembekal dan tidak boleh buat tuntutan kredit GST daripada kerajaan. Jadi syarikat katering ini akan mendaftar juga,” katanya.
Rafizi yang juga seorang Akauntan bertauliah dan memiliki pengalaman luas dalam hal ehwal percukaian memberitahu demikian dalam taklimat Faham GST, Tolak GST yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi.
Katanya, jika perniagaan katering terbabit enggan mendaftarkan syarikat, maka mereka akan bertindak menaikkan harga perkhidmatan bagi menampung caj GST yang dikenakan pembekal terhadap mereka.
Perkara sama turut berlaku bagi perkhidmatan sewa dewan atau khemah, juru solek, penyediaan pakaian, jurufoto atau jurukamera dan persediaan lain.
“Jika katering itu adalah sebuah syarikat berdaftar dengan GST tetapi tidak mengenakan caj GST terhadap pelanggannya, pemilik perniagaan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 22 comments... read them below or add one }
Alamak... kawin pun terpengaruh jugak dengan kenaikan. Ingatkan hanya tol dan bil letrik je, kikiki
http://cheguzam.blogspot.com
January 25, 2014 at 1:09 AM
Pergh......rakyat d dahulukn sungguh
January 25, 2014 at 3:20 PM
Puting beliung 20sen...
January 25, 2014 at 8:21 PM
Kangkung punya najib
January 26, 2014 at 4:10 AM
huhu...nk kwen pn diorg yg bg tarikh ke
January 26, 2014 at 4:24 AM
Rilek jgn gabra.....jika syarikat katering itu untung bersihnya yidak sampai RM500k setahun, syarikat tersebut xkan dikenakan GST.....yg tu rafizi x bgtau.....byk yg dia hiddenkan.....yg buruk dia cerita la....yg baik, xdo nyo dio nak koba an....
January 26, 2014 at 8:05 AM
tau pn gst nek tu mnde bruk. g skong wtpe
January 26, 2014 at 8:13 AM
Seronok betul tengok rafizi menipu orang malaysia ek? Tu andaian dia je tu...tengok la tajuk ceramah dia tu...tolak gst...apa2 pun buruk kalau kerajaan buat... yang kerajaan selangor naik cukai 400% tu tak pulak dia bising... standard pembangkang takde kualiti...
January 26, 2014 at 9:01 PM
Anon January 26, 2014 at 8:05 AM :
Kalau sorang da start, xmustahil semua akan start wlupun ade pihak katering tidak dkenakan GST, adakah dorang akan mengatakn dorang xkenakan GST pada client malah akan menurunkan atau mengekalkn harga?yg tu bkn dkire di"hidden"akn jua?
Anon January 26, 2014 at 9:01 PM :
Sila kemukan link2 dan bahan2 bacaan yg menyatakan begitu?,jangan semberono berkata2 kosong..
January 27, 2014 at 12:38 AM
buatlah majlis ala kadar shj. jgn nak merepek nak majlis gilang-gemilang tp buat pinjaman berhutang akhirnya hutang tak sempat selesai tak lama kahwin dah bercerai. keberkatan itu penting. sekian. wallaahu'alam.
January 27, 2014 at 1:16 AM
mentaliti pembangkang je ni....lepas ni dia akan kate nk masuk public toilet pn caj dh dinaikkan sbb service.....hahahahahahaa.....bodoh punya rafizi
January 27, 2014 at 8:10 AM
Xpe... pada yang belum kahwin x yah la tkutkan diorg... bersederhana je.. bukan tuntutan islam pown knduri besar2... ckup sekadar mengelakkan finah... kan??? Kalo yang mmpu laen la... asal x jadi riak... Rafizi nie termasuk pakej photographer bagai... mmg la x mmpu... dia mgkin 'akauntan bertauliah' tp dia bukan penasihat agama...mainan politik
January 28, 2014 at 1:17 AM
kenapa tak beritahu bagaimana proses gst dilaksanakan? barang dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada gst? jgn mudah percaya dgn segala kata2.. jadi penyokong parti yg berakal dan berilmu..bukan hanya menyokong membuta tuli.. cari perbandingan antara pakatan rakyat dan kerajaan sekarang.. jgn taw kondem saja mcm pembangkang, cari jalan penyelesaian..
January 29, 2014 at 3:30 AM
suh kawen sblm april 2015..igt mcm pertandingan ke ape..sume cakap dh mcm ape dh...apala nk jd malaysia ni..aduhaii..
January 29, 2014 at 3:51 PM
Nak kawen kena hutang ... hutang keliling pinggang lah
http://infosantai2.blogspot.com
January 30, 2014 at 3:36 AM
http://www.rudyherman.com/2013/10/penjelasan-perlaksanaan-gst-malaysia-oleh-rafizi-ramli/
February 10, 2014 at 7:22 AM
buatlah kenduri ikut kemampuan.. ikut macam zaman dulu2 mana ada katering.. semua kerja gotong royong.. selamat je.. bahagia sampai anak cucu..
February 15, 2014 at 11:36 PM
cetek ilmu betui kalau percaya bulat2 ckp org gila kuasa...duduk luar negara kena gst tak bising lak...pendek akal semua dipolitikan...
February 16, 2014 at 6:19 AM
Org luar negara tak bising ada gst sbb kualiti hidup dijaga dgn baik oleh pemerintah. Ini highway mahameru pon berlubang2 jahanam rim aku, tanah runtuh, banjir kat kl? Itu prime location, blom kira tpt lain lagi. Jagalah kualiti pemerintahan tu dulu. Jgn sibuk beli jet, lps tu senang2 je nk cukaikan rakyat.
February 17, 2014 at 5:34 AM
Anonymous said...
Rilek jgn gabra.....jika syarikat katering itu untung bersihnya yidak sampai RM500k setahun, syarikat tersebut xkan dikenakan GST.....yg tu rafizi x bgtau.....byk yg dia hiddenkan.....yg buruk dia cerita la....yg baik, xdo nyo dio nak koba an....
January 26, 2014 at 8:05 AM
---> Ko rasa pihak catering nk bgtahu customer ke diorang untung byk mn setahun? diorang tak kena gst? diorang beli brg2 mentah utk catering kt pasaraya jugak.. mnada pengecualian gst pun..sama je..
February 21, 2014 at 2:19 PM
Kenyataan Rafizi mengelirukan - “Jika katering itu adalah sebuah syarikat berdaftar dengan GST tetapi tidak mengenakan caj GST terhadap pelanggannya, pemilik perniagaan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara,” katanya.
Dalam akta, jika katering tidak berdaftar dengan GST, beliau tidak boleh mengenakan GST kepada pelanggan. JIka belum berdaftar tetapi mengenakan GST kepada palanggannya, syarikat tersebut boleh dikenakan penalti.
Jika syarikat tersebut mendaftar dengan GST beliau boleh menuntut semula cukai GST yang dikenakan ke atasnya oleh pembekal, so tak lah melibatkan kenaikan harga. Kalau naik pun bukan disebabkan GST tetapi sikap syarikat katering yang sengaja mengambil kesempatan.
August 6, 2014 at 7:23 PM
Orang kata Rafizi ni bijak..... bila membaca artikel ni memang saya akui dia BIJAK MENIPU
August 6, 2014 at 7:24 PM
Post a Comment