Norziana Zainuddin, 34 (gambar) bekerja sebagai kerani di syarikat perumahan di Setia Alam melihat tahun 2014 merupakan tahun yang berat untuk diharungi dan memberi tekanan kepada diri beliau sekeluarga.
Ibu kepada dua orang anak ini menjelaskan, dengan pendapatan sekitar RM1500 sebulan dan tinggal di kawasan Lembah Klang, beliau tidak mampu lagi untuk berbelanja seperti tahun-tahun sebelum ini dan terpaksa mencatu perbelanjaan.
Malah lebih teruk katanya, pendapatan bulan itu langsung tidak ada bahagian untuk simpanan kerana semuanya cukup-cukup untuk perbelanjaan barangan keperluan..
“Ayat paling mudah nak saya katakan adalah tahun yang menyeksakan. Semua kena dicatu dan dirancangkan dengan teliti jika ingin berbelanja.
“Dengan pendapatan yang saya perolehi ini, kalau dulu ada juga simpanan walau sedikit tetapi sekarang tidak lagi, malah pengiraan sekarang tahap negatif,” jelas beliau.
Dua anaknya, Muhammad Danish Zharfan, 10 dan Nurhanania Batrisyia, 7 tahun masing-masing bersekolah di Maahad Tahfiz di Kapar yang yuran pendaftaran sekolah mereka sebanyak RM980 dan RM800 setiap seorang.
Tambahnya lagi, beliau hanya menyelesaikan yuran sekolah bagi seorang anak sahaja terlebih dahulu, manakala yuran bagi anaknya seorang lagi akan diselesaikan bulan hadapan.
Katanya, walaupun malu tetapi tindakan tersebut terpaksa dilakukan bagi memastikan wang yang ingin digunakan bagi keperluan lain yang lebih utama tidak tergendala.
Menurutnya, disebabkan kenaikan kos sara hidup dan harga barang yang melambung, beliau terpaksa ‘ikat perut’ dan perlu berbelanja dengan lebih teliti.
“Sebelum minyak (petrol) naik saya hanya perlu mengeluarkan RM240 sahaja untuk minyak sebulan, tetapi sekarang lebih RM300 sebulan dan itu hanya untuk ulang alik dari rumah ke tempat kerja.
“Kalau campur sewa rumah, barang dapur, keperluan-keperluan lain, bil-bil dan keperluan anak-anak sekolah, apa yang mampu saya lakukan dengan jumlah gaji yang saya perolehi,” jelasnya.
Tegas Norziana, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, dengan jumlah gaji yang sama, perbelanjaan beliau boleh dikatakan mencukupi untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga biarpun tidak boleh bermewah-mewah seperti orang lain.
Namun selepas itu katanya, keadaan makin menghimpit apabila satu-persatu harga barangan diumum naik oleh kerajaan.
“Memang hidup tertekan, tetapi terpaksa diteruskan walaupun ikat perut dan catu makan saya sekali sehari.
“Harapan saya agar kerajaan dengar suara rakyat, jangan menyeksa rakyat.
“Inikah balasan kerajaan terhadap rakyat, mana janji sebelum ini,” jelas beliau dalam nada kesal.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 5 comments... read them below or add one }
Apa nak buat..nasib lah
January 12, 2014 at 6:42 PM
Dalam xde xde, anak sekolah sampai dekat 1k seorg? Swasta ke? Gaji rm1500. Kalau sekolah kebangsaan x de sampai macam tu. Ni buat buat ke apa ni?
January 12, 2014 at 9:38 PM
Huh. Mcm x percaya. Gaji rm1500. Hantar anak sekolah mahal mahal. Nak buat apa? Nak tunjuk diri tu mcmana? Nak salahkan kerajaan juga? Akai letak mana? Saya pun buat kira2 utk keluarga mengikut ukuran baju sendiri. Walau gaji 4k. Sekolah yg disediakan kerajaan x bagus ke? Ke sebab terpengaruh kerajaan brainwash anak2 disekolah? Ni mcm dalam tv tu la. Gaji rm1500 sempit hidup katanya, nak beli diapers anak lagi. Come on la, yg beli diapers tu buat apa kalau dah tahu mahal. Belilah kain. Akai ada?
January 12, 2014 at 9:46 PM
adulilh puan ini sanggup ikat perut utk bg ank2 ilmu akhirat...org yg pandai ckp tk fikir ttg smua pgorbanan puan ini...
January 13, 2014 at 5:48 AM
Banyak banyak bersabar....kalau semua harga naik sekali pun...Allah berikan kita akal, yg penting hidup tu biarlah berkat! Jgn mengeluh!
January 13, 2014 at 5:49 PM
Post a Comment