ONEXOX
BannerFans.com

Mat Said habiskan duit rakyat kerana nak lihat beruang kutub di Antartika

on Friday, January 17, 2014

Pejabat Menteri Besar mengumumkan lawatan Mat Said, 15 hari ke Antartika semalam. Ia dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Yayasan Diraja Sultan Mizan.

Kenyataan itu turut menyebut lawatan kerja berkenaan bertujuan membantu kerajaan dalam menubuhkan pusat kajian bersama Instituto Antarctico Chileno.

“Lawatan ini membantu Malaysia dalam kajian perubahan iklim yang sejak akhir-akhir ini menjadi semakin tidak menentu.

“Lawatan eksplorasi saintifik ini merupakan lawatan susulan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke Antartika pada Oktober 2011 dalam usaha melihat lebih banyak universiti tempatan terlibat dalam kajian di sana,” menurut kenyataan seperti dilaporkan The Malaysian Insider.



Lawatan dengan kapal pesiaran mewah, kata Tony Phua. Kenapa perlu bazirkan wang pembayar cukai dengan kajian yang tidak kompetetif.

Pua juga berkata Ahmad tiada kaitan dalam lawatan itu selaku menteri besar dan tidak ada pelaburan asing yang akan dibawa pulang.

“Beliau bukan Menteri Sains dan Teknologi atau Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ahmad tidak boleh berkata tujuan ke sana untuk misi pelaburan asing atau menarik pelancong melainkan hanya melihat penguin di sana.





Ahmad juga tidak boleh memberi alasan meragukan seperti mana bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo ke Disneyland bagi mengkaji taman tema dengan mengunjungi Mickey Mouse dan rakan-rakan,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, kos perjalanan ke sana minimum RM1 juta bagi delegasi 20 orang termasuk penerbangan dan tempat tinggal.

Nak kaji perubahan iklim? Guna nama Sultan Mizan supaya mengaburi rakyat kerana nak melihat beruang kutub di sana, alahai Mat Said. Budaya kangkung yang tak dapat dipisahkan!!

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved