'Mad Dog’ atau nama sebenarnya Oundja Maglore telah memotong sebahagian daging tubuh mayat lelaki Islam yang diseret dan dibakar di bulatan jalan Ibu Negara Republik Afrika Tengah. Tidak cukup dengan itu, dia memamah daging tersebut sambil menjilat pisaunya yang penuh dengan darah.
Mad Dog bertindak sedemikian kerana janjinya yang mahu membalas dendam atas pembunuhan isterinya yang sedang hamil, kakak ipar dan anaknya.
Lelaki Islam yang malang diekori ketika menaiki bas. Seramai 20 lelaki Kristian memaksa pemandu bas berhenti dan menarik lelaki itu dan kemudiannya dibunuh dengan kejam.
Menurut The Associated Press, kumpulan itu bertindak sedemikian untuk membalas dendam atas pembunuhan seorang pemandu teksi yang berlaku sehari lebih awal.
Permusuhan agama di negara itu semakin berlarutan sejak bulan lalu apabila Presiden Michel Djotodia, muslim pertama memerintah di negara yang mempunyai majoriti penduduk Kristian meletak jawatan, lapor Daily Mail.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
Buat Baik akan dibalas baik, Buat jahat jangan sekali. Berdoalah agar yang meninggal berada dalam golongan yang mempertahankan imannya
http://mimpitidur.blogspot.com
January 21, 2014 at 5:38 AM
dafuqqq.. sumanto duplikat ini keknyaa
January 21, 2014 at 6:12 PM
Post a Comment