ONEXOX
BannerFans.com

Nora Danish: Saya & Nedim Tak Seteruk Orang Ramai Sangka

on Sunday, January 19, 2014

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tidak sah rasanya jika satu minggu berlalu tanpa kisah tentang pasangan yang kini sedang hangat bercinta Nora Danish & Nedim Nazri. Apa sahaja boleh menjadi bahan untuk bacaan anda semua.

Terbaru, menerusi sisipan hiburan Berita Harian hujung minggu lalu Nora Danish telah tampil menjelaskan yang beliau dan Nedim Nazri tidaklah seteruk yang disangka oleh orang ramai — lebih lebih lagi tentang isu bercuti bersama ke luar negara.



“Apabila pergi bercuti dengan Nedim, kami bukan pergi berdua-duaan. Selalunya percutian kami disertai keluarga dan teman-teman baik saya. Apabila kami bercuti, mesti ada yang fikir bukan-bukan, duduk sebilik dan macam-macam lagi. Kami tak seteruk itu!”





Nora Danish juga berkata yang beliau sebenarnya malas untuk melayan kata kata negatif yang sering dilemparkan kepadanya melalui Instagram namun ada masa kesabaran beliau tetap teruji & akan membidas semula untuk mempertahankan maruah dan hak.

Pelakon berusia 32 tahun ini mengakui yang beliau memang mempunyai perancangan untuk berumahtangga tetapi ianya bukanlah satu keutamaan ketika ini dan meminta peminat memberikan ruang kepada mereka untuk saling mengenal hati budi.

Sumber

ERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved