Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang dan Syariah Negeri Kedah, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yang mengetuai operasi itu berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan di sebuah hotel murah, di Simpang Kuala pada pukul 2.03 pagi.
Turut ditahan dalam operasi itu ialah sepasang pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi awam di Kulim serta dua pasangan berusia sekitar 20-an.
Selain pasangan berkhalwat itu, turut ditahan ialah enam pasangan yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Sementara itu, dalam satu lagi operasi di Jalan Batas Paip, Kuala Kedah anggota JAIK terpaksa mengejar seorang lelaki yang melarikan diri ketika serbuan dibuat.
Lelaki berusia 29 tahun tahun itu, bagaimanapun datang semula ke rumah itu apabila dihubungi pasangannya yang berusia 19 tahun.
Pasangan yang mendakwa telah bertunang itu tinggal di rumah sewa berkenaan sejak beberapa bulan lepas.
Mereka bagaimanapun dibebaskan selepas butiran diambil dan JAIK mengarahkan lelaki itu keluar dari rumah berkenaan bersama barangannya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment