Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.
“Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil,” kata kenyataan itu.
Kangkung menjadi bahan untuk mempermainkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga ke seluruh dunia apabila BBC London juga melaporkan perkara ini.
Najib membuat kenyataan baru-baru ini berkenaan harga kangkung yang turun dan meminta rakyat agar memuji kerajaan.
Kenyataan beliau telah dimuatnaik ke laman video YouTube dan mendapat tontonan ramai yang juga turut memerli beliau di laman media sosial.
Ekoran itu, laman berita antarabangsa BBC telah melaporkan tentang kejadian tersebut dengan tajuk “Berhati-hati apabila bercakap tentang kangkung” melalui BBC Trending.
Pemuda Umno negeri itu mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan sekumpulan kecil penyokong PKR yang mempermainkan Najib dengan kangkung.
Mohd Johari menyifatkan perbuatan Adun Machang Bubuk, Pulau Pinang dari PKR menyumbat masuk sayur kangkung ke mulut replika perdana menteri merupakan tindakan mentaliti kelas rendah.
“Ia biadap dan kurang ajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi beliau, tindakan ini tidak akan membantu pun ke arah menurunkan kos saraan hidup.
“Tindakan ini hanya dilihat sebagai tindakan untuk meraih populariti murahan tatkala isu kenaikan harga barang menjadi topik hangat didalam negara kita,” kata beliau.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment