ONEXOX
BannerFans.com

Peniaga mengaku jual cendol mengandungi bakteria staphylocci

on Monday, January 27, 2014

KUANTAN: Gara-gara menjual makanan dan minuman tercemar di bazar Ramadan pada Julai lalu, tiga peniaga masing-masing didenda RM700 dan RM600 di Mahkamah Majistret Trafik, di sini, tadi.

Ketiga-tiga peniaga itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

Peniaga cendol, Ibrahim Abdul Rahman, 58, didakwa menjual cendol yang mengandungi bakteria jenis staphylocci kepada seorang pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan di gerai bazar Ramadan Bukit Sekilau, Jalan Bukit Sekilau pada 23 Julai lalu jam 5 petang.



Sementara itu, Zaharuddin Alias, 47, pula didakwa menjula air tebu yang mengandungi bakteria jenis staphylococcus aureus di gerai bazar Ramadan Beserah pada 22 Julai lalu jam 4.30 petang.





Seorang lagi peniaga, Noraini Mohamad, 39, dituduh menjual kuih kaswi juga mengandungi bakteria yang sama ketika berniaga di bazar Ramadan Taman Desa Samudera pada 23 Julai lalu jam 4.10 petang.

Kesemua tertuduh melakukan kesalahan itu mengikut Peraturan 397(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh dihukum mengikut Peraturan 397(2) Peraturan yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Tuan Ruzuaini menjatuhkan hukuman denda RM700 kepada Ibrahim manakala masing-masing RM600 kepada Zaharuddin dan Noraini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved