ONEXOX
BannerFans.com

Premis salah guna lesen diserbu

on Friday, January 24, 2014

JEMPOL 23 Jan. - Sebuah premis di pekan Bahau diserbu oleh polis dan penguat kuasa Majlis Daerah Jempol (MDJL) kerana disyaki menjalankan aktiviti yang mempunyai unsur perjudian, semalam.

Yang Dipertua MDJL, Wan Razali Wan Awang berkata, operasi itu dijalankan selepas premis berkenaan disyaki menyalahguna lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihaknya.

Beliau berkata, pemilik premis didapati telah memohon lesen menjual alat permainan kanak-kanak tetapi disyaki menjalankan kegiatan yang mempunyai unsur perjudian.

"MDJL telah merampas 20 buah mesin dipercayai digunakan untuk berjudi, sebuah komputer, alat permainan serta kerusi dan meja.



"Kita juga telah mengeluarkan notis kepada peniaga yang menyalahguna lesen perniagaan itu. Kita beri tempoh sehingga dua minggu dan jika mereka engkar tindakan susulan iaitu pembatalan lesen akan diambil," katanya pada sidang akhbar bersama polis di sini hari ini.





Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Supritendan Tukiman Seriman berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai beberapa premis yang menjalankan kegiatan perjudian tetapi berselindung dengan cara menggunakan lesen perniagaan hiburan keluarga dan menjual alat-alat permainan.

Katanya, setiap maklumat itu akan dirujuk kepada pegawai yang pakar mengenai selok belok perjudian bagi memastikan kes berkenaan benar-benar dapat disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Ini kerana mereka yang terlibat semakin licik untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang dengan melakukan transaksi wang di luar dari premis yang disyaki menjalankan aktiviti judi haram," katanya.

Beliau berkata, polis tidak akan berputus asa dengan sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai tipu daya operator judi haram dalam usaha membanteras kegiatan tersebut di daerah ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved