ONEXOX
BannerFans.com

Produk Double Stemcell tipu pengguna dengan sijil halal palsu?

on Monday, January 20, 2014



Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat penjelasan tentang produk dari syarikat Phytoscience iaitu Double Stemcell yang tidak mempunyai pengesahan sijil halal Malaysia serta menggunakan logo halal secara salah pada produk mereka. Berikut email penjelasan JAKIM.

Tuan/puan

JAKIM mengesahkan bahawa produk Double Stemcell dari syarikat Phytoscience merupakan BUKAN PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.

Hasil siasatan JAKIM, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan 2011. Jika disabitkan kesalahan, syarikat berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM200,000.00 bagi kesalahan pertama.

Sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hub Halal, Cik Nadia Zammil  Md Nasir sebelum ini adalah BENAR, klik di sini.

Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk berhati-hati memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan.

Sekian, terima kasih

Seksyen Komunikasi Korporat
Jabatan kemajuan Islam Malaysia
20 Januari 2014

Email JAKIM yang dihantar kepada Mazidul Akmal Sidek yang meminta penjelasan tentang perkara tersebut.





Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved