Juruteknik kilang di Petaling Jaya itu berkata, dia menerima panggilan kejadian itu kira-kira jam 5.30 petang daripada adik perempuannya, Farah, 21, yang sedang menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
“Ketika itu saya sedang bekerja. Memang ada beberapa kali panggilan tetapi saya tak perasan. Adik kemudian memberitahu ayah sudah meninggal dunia.
“Kami reda dengan pemergian ayah,” katanya yang juga anak sulung dari bekas isteri kedua Zuhdi, Fauziah Samad, 40-an.
Sementara itu, bekas isteri pertama Zuhdi, Azizah Othman, 68, berkata, walaupun sudah bercerai pada 1990 namun hubungan bekas suami dengan dia serta anak-anak amat rapat.
Azizah berkata, hubungan dengan tiga anak hasil perkongsian hidup bersama arwah, Reena Nizma, 40, Mohd Firahiz, 38, dan Reen Rawaida, 31, masih baik walaupun tinggal berasingan.
“Saya dapat panggilan daripada anak saudara ketika saya sedang mengaji di rumah di Subang. Apapun hubungan kami baik, jumpa bercakap macam biasa, tidak ada pun bermasam muka,” katanya.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Shahrom Datuk Abdul Malik yang juga anak saudara Zuhdi berkata, arwah amat baik dengan keluarga serta saudara-mara.
“Tuhan memberikan pengakhiran baik di atas amalnya. Moga roh arwah ditempatkan di kalangan beriman,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment