Difahamkan, situasi berlaku apabila penyokong Johor DT cedera, dipercayai akibat dibaling objek keras.
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikatakan mengambil hampir setengah jam untuk mententeramkan keadaan.
Situasi kembali tenang apabila penyokong Johor DT diiring masuk ke bas masing-masing. Tiada tangkapan dibuat.
Polis turut mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan walaupun tercetus insiden pergaduhan antara penyokong Pahang dan Johor DT.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata kekecohan yang tercetus sebaik wisel penamat dibunyikan hanya berunsur provokasi dengan kedua penyokong saling membaling objek.
Namun, kecekapan kira-kira 500 anggota polis yang ditempatkan di stadium dapat mengawal keadaan daripada tercetus kejadian tidak diingini.
"Kekecohan hanyalah berpunca daripada provokasi kedua-dua penyokong menyebabkan beberapa individu tercedera.
"Sehingga ini, tiada tangkapan dibuat namun ada beberapa individu diberi amaran kerana cuba mencetuskan ketegangan," katanya ketika ditemui, di sini.
Pada perlawanan itu, Pahang melakar kejutan apabila menumpaskan Johor DT
3-2.
Mohd Hafiz Kamal menjadi wira skuad Tok Gajah selepas menjaringkan gol
kemenangan pada minit ke-92 menerusi tandukan hasil sepakan percuma pemain
tengah, Azidan Sarudin.
Kedua-dua pasukan sebelum ini terikat 2-2 dengan gol Pahang dijaringkan Matias Conti pada minit ke-13 dan Fauzi Roslan (47') manakala gol skuad 'Harimau Selatan' dijaringkan Pablo Aimar (45+2') dan Mohd Safee Sali (72'). -Harian Metro
Kredit Gambar : FB page Kuantan, JDT
Dari Sebelah penyokong JDT:
Dari sebelah penyokong Pahang:
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment