Iklan yang ditampal pada belakang tempat duduk penumpang itu berbunyi :
“You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses” (Anda mahukan ibu, kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang memberikan layanan buruk).
Ayat ini sebenarnya digunakan bagi mengiklankan pakej perlindungan Tunes Insurance Malaysia.
Terdapat jururawat yang terlihat iklan ini di atas pesawat, kemudiannya memberikan mesej jelas bahawa mereka terasa hati apabila memuatnaik gambar iklan terbabit di laman Facebook pemilik Air Asia, Tony Fernandez bersama luahan perasaan.
Disebabkan aduan diterima, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut meminta supaya Air Asia memohon maaf kepada seluruh jururawat di Malaysia kerana dianggap memperkecilkan pekerjaan mulia tersebut.
Presiden MMA Datuk Dr N.K.S.Tharmaseelan berkata, iklan ini sudah pasti dibaca oleh ramai penumpang dari pelbagai latar belakang dan tempat yang menaiki pesawat Air Asia sekaligus memberikan gambaran negatif tentang kerjaya jururawat di negara ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment