ONEXOX
BannerFans.com

Bila ada barang turun kenapa tak sebut pula! kata Muhyiddin

on Friday, February 14, 2014

Bila harga kangkung dah turun, kenapa tak puji kerajaan, kata Najib sebelum ini.

Kini giliran TPM Muhyiddin Yassin berkata, bila ada barang turun kenapa tak sebut pula. Nasib baik Muhyiddin tak gunakan kangkung juga.

Muhyiddin mendedahkan bahawa setiap bulan mesyuarat kabinet akan menerima laporan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek mengenai trend turun naik harga barang.



“Harga turun naik barang dikira menerusi Indeks Harga Pengguna. Berdasarkan laporan tersebut, kita dapat lihat ada barang yang mengalami kenaikan, ada yang turun harga…tetapi bila ada barang turun harga mereka (pembangkang) tidak sebut pula,” katanya.

Kata Muhyiddin lagi, dengan apa yang dilakukan kerajaan, tidak wajar untuk pembangkang berterusan membangkitkan isu tersebut seolah-olah kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk mengurangkan bebanan rakyat.





“Mereka berterusan mempersoal apa kerajan buat? apa kerajaan sudah buat, nama Barisan Nasional (BN) ditukar pula kepada ‘Barang Naik’ dengan pelbagai simbol dan logo…tetapi bila saya turun melakukan tinjauan harga barang mereka ketawakan pula, cakap apa yang boleh dilakukan dengan hanya tinjauan?.

“Mereka hanya pandai bercakap, tetapi apa yang mereka sendiri telah buat untuk bantu rakyat?” soal Muhyiddin dipetik Bernama

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved