Brazil memaksa penarikan semula penjualan baju sempena Piala Dunia yang dikatakan mempunyai corak tidak senonoh yang boleh merosakkan imej negara itu.
Berikutan aduan badan pelancongan negara itu, penaja rasmi kejohanan, Adidas menarik semula pengeluaran baju berkenaan yang sudah berada di pasaran Amerika Syarikat.
Satu daripada reka bentuk baju berkenaan menampilkan corak hati dengan tulisan ‘I love Brazil’, tetapi bentuknya menyerupai bahagian belakang wanita.
Satu lagi corak mempunyai gambar poskad dengan pemandangan Gunung Sugarloaf di Rio de Janeiro dan seorang wanita berbikini memegang bola dengan tulisan bertindih ‘Lookin’ to score’.
Badan pelancongan negara itu berkata, “Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengiklanan pada produk yang mengaitkan imej Brazil dengan seks.” mereka juga menggesa Adidas menghentikan pengeluaran baju berkenaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment