ONEXOX
BannerFans.com

Kes Di Sweden: Saya Rasa Terasing Dengan Ibu - Anak Perempuan

on Wednesday, February 26, 2014

STOCKHOLM: Anak perempuan pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka mengaku berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudaranya sebagai ibu kandungnya yang sebenar.

"Saya rapat dengan adik-beradik perempuan ibu saya, saya rasa mereka seperti ibu saya yang sebenar. Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya," kata Aishah.

Ketika mendengarnya, ibunya, Shalwati Nurshal membetulkan tempat duduknya, manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin memandang ke bawah dan menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.

Ibu bapa Aishah telah ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas anak sulung mereka, Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.



Apabila ditanya jika dia menyukai ayahnya, Aishah berkata dia juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik.

Dalam rakaman temubual yang dijalankan sebelum ini dan ditunjukkan di mahkamah daerah Solna pada Selasa, Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah.

"Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50.

"Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal," kata Aishah.

Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa 'marah dan sedih', sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden.

Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari.

Mereka kini telah bersekolah dan tinggal di Kota Bharu, Kelantan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Wahidah BME said...

Anak-anak, napelah cmtu. Tak reti nak bela ibu bapa sendiri. Padahal ibu bapa nak kan yang terbaik. Wallahu'alam. Kte doakan saja la yang terbaik buat mereka sekeluarga.


February 26, 2014 at 11:41 PM
Anonymous said...

Apa yg pasti, ade je orang menganggap jangan memukul anak semua untuk cara didikan, itu semua dari pemikiran ala2 "liberal". Karut semata2, jika benar ramai ibubapa tidak menggemari cara begini untuk salah satu didikan, maka benarlah anak-anak sekarang banyak tersimpang jauh & semakin teruk gejala sosial. Ya, saya tidak menyokong kepada deraan & pukul secara zalim, tetapi, anak-anak akan lebih terfikir dua kali buat perkara jahat/tidak betul kerana hukuman dia. (Mana orang nak dengar kalau marah/tegur setakat bebel je) Guna psikologi? Lagi teruk & meracun minda


February 27, 2014 at 12:09 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved