“Saya tak lari dari media. Saya tak kemana-mana. Selepas diragut di Bukit Bintang haritu, saya baru je ambil number lama saya. Bila kena ragut, saya terus kena fly, balik tu terus sambung shooting, takde masa. Bila ada masa ni baru uruskan semua benda”
Bercakap perihal surat yang diterima dari salah seorang jiran Zizan, Emma mengaku memang sering ke rumah Zizan tetapi mereka tidak berdua-duaan di rumah kerana Zizan tinggal bersama abang dan PA’nya. Malah tambah Emma, jika ada sebarang majlis yang perlu untuk mereka datang bersama, Emma mengaku memang singgah ke rumah Zizan untuk bergerak sekali.
“Mungkin mereka nampak Emma masuk kat dalam tapi tak tahu siapa ada di dalam. Padahal ibu bapa Zizan ada. Macam mana mereka boleh tahu dalam rumah ada berapa orang? Emma tak marah, mungkin orang ramai sebenarnya nak tahu apa status kami. Saya mengaku saya rapat dengan Zizan. Cuma sekarang ni kalau ada jodoh, InsyaAllah”
“Nak kata saya kerap ke rumah dia tidaklah. If ada event sama-sama, then saya akan ke rumah bergerak sekali and jumpa dengan mak dia jugak. Tapi kalau tiada apa kena mengena, saya tak ke rumah Zizan. Sebab mak Zizan jarang-jarang ada di KL”
Akui Terkilan, Ayah Marah Bila Dengar Gossip
Emma akui terkilan & sedih dengan gossip yang bertebaran mengenai dirinya dan Zizan. Belum reda gossip dia dan Zizan bercumbuan, terbit pula gossip mereka bersekedudukan. Namun jelas Emma, keluarga lebih kenal dirinya berbanding orang luar. Malah ayah Emma cuma tergelak bila membaca gossip anaknya bersama Zizan.
“Semestinya ayah saya marah. Tapi lepas itu dia balik tergelak bila baca gossip tu kat Facebook. Sebab ayah tau kalau Emma pergi rumah Zizan mesti ditemani PA. keluarga Emma tak banyak tanya pun sebab mereka kenal Emma”
Segala gossip yang melanda tidak langsung mematahkan dirinya. Dari sebelum bergelar artis sehingga menjadi artis terlalu banyak gosip yang diterima.
“Walau siapa pun kita, kemana sekalipun kita pergi, orang takkan berhenti bercakap tentang kita. Saya tak marah. Tu dah memang jadi lumrah. Cuma kalau boleh hentikanlah buat cerita yang tak elok yang boleh jatuhkan maruah orang tapi saya sentiasa reda. Apa yang penting pada saya, keluarga dan orang terdekat dengan saya percayakan saya,” tambahnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment