Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 30, berkata, walaupun hanya mendapat tempat kelima MLM 2013, dia tetap bersyukur dan berpuas hati kerana telah memberikan persembahan terbaik kepada penonton.
"Saya sudah memberikan terbaik kepada penonton pada pertandingan akhir itu dan ia tiada kena mengena dengan kontroversi saya dan Luna kerana ia sudah pun selesai secara baik.
"Barangkali lawak yang saya ketengahkan berbeza dengan sebelum ini membuatkan penonton dan peminat masih boleh belum menerimanya," kata Nabil kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Nabil berkata, walaupun telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Luna dalam program Meletop pada Selasa lalu, dia turut meminta maaf kepada wanita berkenaan secara bersemuka ketika berjumpa pada Khamis lepas.
Jelas Nabil, Luna menerima permohonan maafnya dengan ikhlas dan menganggap insiden tersebut sebagai perkara lama dan tidak perlu diungkit lagi.
"Saya kagum dengan Luna kerana dia cukup tenang dan tidak menyimpan apa-apa perasaan dalam hati ekoran kejadian tersebut walaupun peminatnya mengecam saya dengan pelbagai kata-kata kurang enak.
"Malah dia meminta saya supaya memberi fokus kepada pertandingan akhir kerana tidak mahu konsentrasi saya terganggu akibat perkara itu," katanya.
Sementara itu, Nabil berkata, dia berharap peminat akan lebih bersikap terbuka dengan lawak yang dilakukannya namun mengakui akan lebih berhati-hati supaya insiden sama tidak lagi berulang.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment