ONEXOX
BannerFans.com

Guru Berdoa Agar Muhyiddin Yassin Tak Jadi PM

on Thursday, February 13, 2014

Adakah Muhyiddin (gambar) tahu bahawa beliau kini semakin dibenci oleh warga pendidik lantaran ketidakpeduliannya dalam menjaga kebajikan warga guru? Nampak bayangan Muhyiddin di kaca televisyen pun sudah cukup untuk membuatkan tekak berasa loya dan mual.

Mana tidaknya, di bawah pentadbirannya, guru-guru pernah dicadangkan untuk bekerja 9 jam pada tahun 2012. Pada tahun lepas juga, yang menjadi tikus makmalnya adalah 5000 orang guru dari 104 buah sekolah di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.



Sedarkah beliau para guru bekerja lebih dari 9 jam sehari termasuk waktu yang diperuntukkan di rumah? Itu belum mengambil kira kedatangan pada hari Sabtu dan Ahad untuk program-program sekolah, kelas tambahan, melatih para pelajar dalam aktiviti ko-akademik (contohnya perbahasan dan pidato), sukan (contohnya bola baling dan bola sepak) serta aktiviti unit beruniform (contohnya kawad kaki).





Bukan itu sahaja, segala penat lelah, masa, kesungguhan dan wang ringgit ini dicurahkan dengan ikhlas demi kasih sayang kepada sekolah dan para pelajar tanpa mendapat satu sen pun elaun ‘over time’ atau tuntutan ‘mileage’ sebagaimana kakitangan awam yang lain.

Ingatlah, kami tidak pernah meminta supaya pengorbanan dan jasa kami dikenang. Apa yang kami minta adalah supaya orang atasan prihatin dengan masalah yang kami hadapi. Bila kami suarakan keluhan, Muhyiddin menjawab, “Multi tasking bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi di tempat lain pun berlaku ‘multi tasking’”.

Betapa kecewa dan tergurisnya hati ini. Usahkan nak berterima kasih, jawapan yang diberikan seolah-olah golongan guru ini adalah golongan yang berkira untuk melakukan sesuatu di luar bidang tugasan mereka.

Sumber 

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 51 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

oh warga gov @ cikgu..

sy bkerja dengan swasta.. anda patut bsyukur tak bkerja dgan pihak swasta yg bkerja lebih masa sampai tengah malam dan sampai pagi besok.
jika dibandingkan gaji, gaji cikgu sgt lah tggi bbanding pkerja swasta.


February 13, 2014 at 1:40 AM
k|sa_fabs said...

Relax la para guru.. Xpayah lah cepat melatah.. Klu pekerja swasta ada yg lebih teruk lg. Dah lah sepanjang tahun sibuk mcm tu. Liha kawan2 guru yg lain, waktu cuti sekolah mereka ada masa utk keluarga di rumah walaupun ada yg ke sekolah waktu cuti sekolah. Tak perlu nk melenting hal2 mcm ni.. Sama je kita semua


February 13, 2014 at 1:53 AM
Anonymous said...

Sy penjwt awam yg lain tu.....apa kata moh tukar dgn sy....sy duk kat kmenterian ni...gred sama cam guru....meh rasa kerja yg kami lalui setiap hr.....jgn asyik menyungut je....kata td ikhlas sgt....kmi ni cuti sekolah pun kmi tetap bkerja....sekurang2nya segelintir anda xbkerja ketika waktu cuti sekolah....


February 13, 2014 at 2:22 AM
Anonymous said...

Hahaha..yg reply semuanya rata2 tiada pengalaman jd guru, takde teman rapat yg bekerja sbg guru, jd teruskanlah menyalahkan guru! Dan teruskan skongan anda dan jadikan anak anak kita utk di'tikus makmal'kan!


February 13, 2014 at 2:42 AM
Unknown said...

Sapa pernah mnjadi guru sandaran di sekolah sebelum bekerja di sektor swasta sekarang.. saya akui keperitan menjadi guru demi mendidik anak bangsa.. org cma tgk guru msk kerja pkl 7 balik pkl 2 dan kdg2 lewat sedikit, ptg2 latih pelajar2 kokurikulum, cuti sekolah boleh jalan2.. tp rmi yg xtau gru2 tdur pkl 4 demi memeriksa hasil kerja pelajar, menyiapkan soalan2 utk murid.. apa pun ada pro n cons bekerja dgn swasta dan menjadi guru. Apa pun saya hormati kerjaya sbgi guru.


February 13, 2014 at 2:49 AM
Anonymous said...

Klau guru2 nak bandingkn dgn jabatan lain, pergi ke jab berkenaan. Ketahuilah semua k/tangan awam kerjanya terlalu flexible. Pergila tugas di swasta n bandingkn. Bersyukurla n angap apa2 tugas yg dibuat sebagai amanah n t/Jwb. Kerja dgn jujur n iklas. Besar rahmatnya


February 13, 2014 at 3:26 AM
Anonymous said...

Klu bukan dia sapa nak jadi pm takkanlah hisammudin si kaki botol atau zahid si kaki pukul dah tontulah dio. Cikgu pulak cubolah iklaskan hati utk mengajar murid2 tu bukan banyak pun lobihnyo sejam yo sehari. Kok ngaja tusyen tu bulehlak berjam2.


February 13, 2014 at 3:50 AM
ct i-sHa said...

Siape anonymous? Please, if u don't know the realiti of being a teacher...jgn cakap macam tu...ayah saya kerja swasta, ibu saya kerja guru....sblum sy guru, sy kerja swasta..lelah bekerja lebih sy rasa sbg guru semasa bekerja hga lewat petang..apabila anak2 murid tidak hormat guru dan dengan selamba datang lewat serta x siapkan kerja sekolah..belum masuk lagi bab tulisan karangan seperti cakar ayam...lebih terasa bila hantar budak aktiviti koko tanggung minyak, makan dan minum dengan duit sendiri, langgan internet semata2 untuk melayan segala bagai sistem 'e' dan operasi..masuk data yang sama ke dalam 2 atau tiga sistem..tu hanya menyentuh hal2 yg utama...kami guru rasa kecewa kerana ada TPM yg tidak menyokong guru, anak murid x siap kerja x boleh dileter, denda, apatah lagi dirotan...alangkan Islam menyuruh rotan anak sebelum akil baligh jika x sembahyang; tujuan nya untuk mengajar dengan memberi hukuman...jadi di mana authority guru dalam membentuk kemenjadian murid? Kami cuma KECEWA...kami tidak mengeluh kerana tugas kami..kami kecew kerana tiada sokongan dr pihak yg sepatutnya memikirkan kebajikan kami...
Ttg kerja lebih masa, jika ada guru yg sengaja mewar2kan bila dia buat kelas tambahan sukarela waktu cuti, nanti dikatakan riak pula...tp itulah realiti..bukan sahaj di sekolah saya, ttpi di sekolah rakan2 saya..


February 13, 2014 at 4:25 AM
Anonymous said...

Setiap pekerjaan ada kelebihan dan kekurangannya..selagi kita tak berada dalam situasi tersebut..jangan anggap tugas orang lain mudah dan senang..kerja swasta atau kerja kerajaan semua ada masalah masing-masing..bersikap positif dan belajar menerima kelemahan dan kekurangan orang lain..bagi individu yang mengatakan kerja sebagai guru adalah mudah dan tidak setimpal dengan bayaran gaji yang diterima..cuba anda ambi tangguhngjawab tersebut...bekerja sebagai seorang guru selama sebulan sudah cukup untuk mememahami tugas sebenar guru pada zaman moden....bukannya guru yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis semata-mata..begitu juga dengan pekerjaan laib..hormati pekerjaan orang lain...sebelum mengharapkan orang laib menghormati pekerjaan anda..


February 13, 2014 at 4:44 AM
Anonymous said...

sgt2 menyokong golongan guru.kesian smpai ke umah pn duk wt keje lg.mengupdate sgala bgai mcm dh pegang jwtn kerani plak.kerani skolah pn skadar jg kaunter je.tmbahan pulak sjak menteri ni pegang, mkin lm makin truk plak.tgk la waktu persekolahan smpai ke petang.bkn stakat kesian kt ckgu je tp bdk2 skolah pn turut sm kne tempias dek kecerdikannya membuat dasar tp dia sndiri pn xthu arah tuju dasar yg dia wt.byk dasar wt baru wt xsmpai sparuh jln tp gagal.bdk skolah plak blk skolah mengalahkan waktu keje org dewasa.skolah pg smbung plak ke ptg.blk je pnat n tertdo cmtu je.mlm2 bgun nk kne siapkn keje skolah lg.haish....aku yg keje swasta ni pn thu.keje mengajar ni lg susah dr bekerja mengadap mesin dkt kilang duhai saudara skalian.fahamilah beban golongan pendidik ni.huhu


February 13, 2014 at 5:42 AM
Unknown said...

Didik anak bangsa perlu ade sifat kasih kepada anak murid...bkn duit jadi bahan ungkapan sbb letih mdidik anak bangsa...


February 13, 2014 at 7:11 AM
Anonymous said...

Apa2 pun komen anda..yg kritik,yg sokong..yg sokong dan meletakkan tnda hormat dan terima kasih kpd guru alhamdulillah,yg mgkritik..anda perlu tahu..anda juga pernah menjadi anak didik para guru2..belum tentu anda semua dapat mbaca dan mgkritik guru jika anda x pernah di ajar oleh guru untuk mengenal huruf 1 ketika dlu,belum tentu anda pandai mengira jika tidak kerana guru,dan belum tentu juga anda pandai mengaji wlupun stakat mengenal alif ba ta jika tidak kerana ustaz dan ustazah yg juga merupakan seorang guru..ingatlah wahai anda skalian yg hebat mgkritik guru.. jika tidak kerana guru yg paling mulia iaitu Nabi Muhammad s.a.w belum tentu anda pndi mghormati org tua anda, sudah tentu juga tidak tahu apakah agama anda pd hri ini..jd fikir2knlah whi teman2 skalian..


February 13, 2014 at 7:56 AM
Anonymous said...

Setiap pekerjaan berbeza...lain bidang lainlah cara bekerjanya..juz sabar n ikhlas...mujur masa interview ke jawatn guru x byk bunyi...msa tu sangup ajer...nk kena anta jauh2 pn sangup..tpaksa tgl suami isteri pn xper lg..bkn guru ajer ade hak bsuara...smua jenis pkerjaan tmasuk org sapu sampah tepi jalan pn berhak bsuara kalau x tahan panas..x tahan myapu di tepi2 jln yg sama sbb 24 jam kereta yg lalu asyik buang sampah..tp itula sumber rezki yg Allah dh tetapkn pd kiter...kdang2 nk kata jemu jugak sbb asyik nmpak post fb ttg luahan guru...x pn luahan jururawat...bila nk ade post luahan petani..cleaner..polis..bomba dll...parent sy guru..x nafi kejer byk tp x sekalipn sy dgr keluhan mereka..mgkin pkerjaan guru itu dh sebati dlm diri sbb dh 25 thn mnjadi guru...so guru muda...sy respec anda smua untuk mghadapi sistem pdidikn yg mncabar krn itu tgungjwb anda yg patut diterima...byk lg pkerjaa yg dibebani plbagai peraturan n sistem kerja yg ketat


February 13, 2014 at 8:12 AM
Unknown said...

Semua kerjaya dalam dunia ni semuanya sama.x kira kerja ape pun..guru ke,polis,bomba,operator kilang ,doktor dll..yg penting tanggungjawab..jd suri rumah pun 24 hrs gak kje...so kt ptt BERSYukur....Sbb ade kerja dan rezki...


February 13, 2014 at 8:17 AM
Anonymous said...

Benti keje la..x sudah2 dgn kecewa...dok umh..dpt sokongan kluarga...


February 13, 2014 at 8:33 AM
Anonymous said...

Hantar surat berhenti kerja..letak atas meja guru besar...cari keje yang boleh menyokong anda dan tidak akan menyalahkan anda mahupun jiran-jiran anda yang menjadi guru.


February 13, 2014 at 8:39 AM
Anonymous said...

Pendidik sendiri pn kena faham la juga knapa tiap2 bulan masuk duit dlm akun bank..tiap2 ujung bulan dh beratur depan mesin atm..ari2 amik duit tu bg jamu ank isteri suami mkn..amanah still amanah..nk lg berkat...sila ikhlas..klo x...sila letak jawatan jer..bkn guru jer...apa2 jenis pkerjaan pn..


February 13, 2014 at 8:44 AM
Anonymous said...

Rasernyer x de saper nk pertikai pekerjaan guru...sebenarnya guru tu sdiri yg dok ptikai keje diaorg sdiri..x puas ati itu ini...prasan x...hmmmmm...sgt prasan...


February 13, 2014 at 8:50 AM
Anonymous said...

Sy pekerja kilang..ade kaunter aduan x..huhu..nk tulis luahan dlm fb tp x pandai


February 13, 2014 at 8:53 AM
Anonymous said...

Kenapa guru nak kene kerja 9jam. Habis kerja balik jelah, huhu. Lagi pelik bila cikgu tabika pon kene 9jam. Gaji bukan gred macam cikgu skola rendah or menengah. Dah tu kerja kontrak ag.. Bukan permanent pon.. Cikgu sabtu ahad pon kdg kje gak... Erm. Lepas waktu kerja pun masih ada kerja di bawa balik ke rumah..


February 13, 2014 at 11:48 AM
Anonymous said...

Every job ada buruk dan baiknya, ada lebih dan kurangnya. Anggap lah yang baik itu, nikmat yang Allah beri dan yang buruk itu ujian dari Allah untuk menguji tahap kesabaran dan iman kita. Macam I, kerja gomen tak, swasta pun bukan. Gaji ikut gomen but kerja ikut swasta. Tapi itulah hasil yang diberi makan pada anak2. Itulah rezeki kami. Walaupun kurang puashati dengan management but I'm blessed with supporting staff. Apa apa pun all cikgu have my respect. My late parents were teachers and until today masih ada bekas anak murid mereka yang mengenang jasa mereka. Alhamdulillah.


February 13, 2014 at 3:41 PM
Anonymous said...

apahal kecoh2x pasal org kerja swasta duk diam2x jgn nk myebok
bukan hang jadi cikgu pun
kalau hang jadi baru hang rasa
jgn duk bangkit kata cikgu cuti banyak.
ada cikgu yang 7 pagi pergi jam 7 malam baru sampai rumah
duk didik ank hang la, hang biar ank buat prangai pastu tu pun nak salahkan cikgu jugak bukan nak pakat pikir dan pakat jaga
kalau xtahu baik duk diam jgn cakap apa
yang kerja cikgu xda nk complain apa pun pasal y kerja swasta ni
kata ja ada cuti time cuti pun bertugas.cuti tu sbb budak cuti tp guru still pergi sekolah bertugas.jgn sbb cikgu ada cuti ja hangpa jeles.tp hakikat hangpa xtau.tp tlglah jgn bebankan cikgu dgn sistem yang xmasuk akal dan sistem yang menyusahkan anak murid.hangpa ibu bapak jgk susah kalau ank xcemerlang.sistem mcm2x sistem, tapi semua kbykn sistem sparuh jalan..anak2x murid jadi mangsa eksperimen hasil drpd sistem dan dasar konon menteri banyak idea.nk buat sstu tu pikir dan sesuaikan dgn keadaan negara kita.sistem jd kucar kacir sbb ada manusia yang kucar kacir nk buat itu ini tp apa pun xjadi.



February 13, 2014 at 7:05 PM
Anonymous said...

Anak perempuan saya baru bertukar dari sekolah swasta ke sekolah kerajaan. Minggu kedua persekolahan dia terlupa nak siapkan homework. Cikgu lelaki ni telah memukuk belakang dan mencubit anak saya sehingga dia mwnangis. Patut ke buat mcm tu sedangkan anak saya bukan sengaja dan dia murid yg baik. Sampai trauma budak ru nak balik ke sekolah...hah.cikgu sila jawab


February 13, 2014 at 7:16 PM
Anonymous said...

tak siap kerja sekolah tu mmg dah salah anak murid... cikgu tu pun bukan sengaja pukul...


February 13, 2014 at 7:58 PM
Anonymous said...

Budak2 yg selalu dipukul akan cepat memberontak...saya tak suka pukul anak saya lebih senang berinteraksi sebab tu anak2 cepat matured. This only happened di sekolah kerajaan. Sistem lapok di perlu diteliti balik. Bukan semua murid boleh diajar cara begitu. Sampai anak saya tanye balik...why the teacher hit me. I didnt do it on purpose..he is such a.monster it is xhild abuse mama. Dia pun faham cikgu tak sepatut buat camtukan.


February 13, 2014 at 8:17 PM
Anonymous said...

Saya bukan nak condemn kerjaya guru. Saya hormati tapi bila saya hantar anak ke sekolah saya dah swrahkan kepercayaan kepada guru untuk mendidik anak saya bukan saya dari segi pelajaran tapi peradapan. Klu dia lupa bagilah extra work as punishment tapi janganlah dipukul. Saya sbg ibu rasa trkilan


February 13, 2014 at 8:23 PM
Anonymous said...

Xsuka masa keje guru jgn jadi guru..hahahahah


February 13, 2014 at 9:05 PM
Unknown said...

Kami fhm guru2 bnyk berkorban tuk anak didik mereka..tp anda yg nk sngat jd guru,so kne trima laa seadanye..mcm kje swasta jgk..ni sume ad pro n kontra nye..mne ad kje sng kt dunia ni..


February 13, 2014 at 9:29 PM
Anonymous said...

jarang kita denga abg bomba atau polis komplen camni. warga kesihatan seperti misi dan doktor juga tentera. mereka ini semua juga banyak kerja, tak kira siang malam, terpaksa bersedia dan bekerja di kala orang lain cuti. tapi itulah Hakikat kerja mereka, tapi mereka faham dan mereka ikhlas. takde siapa paksa anda jadi guru atau polis atau bomba atau ambulan. boleh bertukar kerjaya lain dengan cara baik. tak perlu komplen dan mendoakan yang buruk, tak ada faedahnya - funaki


February 13, 2014 at 10:31 PM
Anonymous said...

Cikgu zaman sekarang ni tak berfikir apa, dah la budak-budak sekarang dah tak de rasa hormat. bila trend pendidikan bertukar macam ni nak lahirkan pelajar yang berkualiti yang reti hormat orang..tapi cikgu2 sekalian bising itu ini cikgu dulu tak camtu pun..fikir ah..masa hadapan generasi sekarang ni yang akan pimpin, nak ke oleh sebab dengan didikan tak berapa bagus negara hancur ? tak kan..kata cikgu berfikir sikit sebelum cakap kalau tak apa guna jadi cikgu ? macam ni ke contoh yang bagi pelajar-pelajar tengok ? patut la pelajar-pelajar sekarang ni biadap, dah cikgunya macam ni..berubahlah duhai guru-guru sekali..pekerjaan anda sebagai pendidik merupakan satu contoh yang baik..jangan cemarkan martabat anda..


February 14, 2014 at 12:39 AM
Anonymous said...

ini bukan masalah ambe keje swasta ke keje cikgu ke ? now think..keje polis tentera doktor lagi teruk kan? tak yah nak merungut sangat la kenapa nak sangat jadi cikgu dulu ? kalau tak nak jadi cikgu berhenti la jangan jadikan pelajar mangsa keadaan !


February 14, 2014 at 12:44 AM
Unknown said...

Waaaaa.... penat baca u all punya comments..... macam baca novel rasanya.... but verry interesting... banyak pandangan yang bernas, positif & sebaliknya... tetapi ianya semata2 luahan hati & perasaan tanpa ada bukti2 pengukuhan... seeloknya hujah2 anda perlu disokong dengan fakta dan bukan kata2 kosong semata2.. cuba anda cari / explore dapatan kajian yang berkaitan dengan topik perbincangan sama ada sumber kajian tempatan atau pun luar negara... so, dari situ anda mungkin akan lebih memahami & lebih jelas tentang permasalahan yang dikemukakan oleh penulis... dengan dapatan kajian yang sahih, maka perbandingan tugas & beban kerja dari sektor / jenis kerja yang berlainan dapat dirumuskan dengan lebih tepat... Cuba bandingkan samaada dapatan kajian yang dibuat adalah significant atau tidak dgn luahan penulis... Kata-kata hikmah.. " Mengapa kamu diam... kerana aku selesa... & mengapa kamu bersuara.. kerana kini keadaan yang tidak merelakan" ..... Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang...


February 14, 2014 at 1:01 AM
Anonymous said...

Kalau anda menjadi seorang ibu atau bapa yg menghantar anak ke sekolah.. Agak2nya la kan.. Nak cikgu bagi komitmen mengajar dalam kelas atau cikgu yg sibuk dengan data2 yg tak berguna langsung???


February 14, 2014 at 1:56 AM
Unknown said...

https://www.google.com.my/webhp?source=search_app#q=dapatan+kajian+beban+tugas+guru
sedikit perkongsian maklumat berdasarkan kajian2... lebih banyak maklumat yang tepat.. lg dekat kita dengan menjawap kepada persoalan.. :-)


February 14, 2014 at 2:19 AM
Unknown said...

Adalah tidak adil sekiranya kita membandingkan kereta Proton Saga dengan Honda Civic... tetapi adalah adil sekiranya kita membandingkannya pd class & CC yang sama.. cth: Proton Inspira dengan Honda Civic yang masing2 berada pada kuasa kuda / CC yang sama tetapi pd kelas yang berbeza.. Begitu juga dengan kerja... adalah tidak adil jika dibandingkan sesuatu kerja dengan sesuatu kerja yang lain tanpa mengambil kira taraf pendidikan tertinggi & penjawatan tertentu.. kebiasaannya para pendidik khususnya guru berpendidikan Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana & segelintirnya memiliki PHD.. So dengan peringkat penjawatan & pendidikan tertinggi yang hampir sama.. barulah perbandingan beban tugas itu boleh dibezakan dengan lebih jelas.. Itu juga perlu mengambil kira tingkat pendapatan individu serta masa keseluruhan bekerja rasmi/ tdk rasmi dalam sesuatu sektor / bidang pekerjaan berbeza. Bagi sesiapa yang pernah menceburi pelbagai bidang pekerjaan adalah BONUS buat mereka.. Hanya mereka yang benar-benar memahami.. Nasiblah kerja saya hanya sebagai Pengayuh Basikal.. Hari2 Kayuh Basikal... :-)


February 14, 2014 at 2:47 AM
Unknown said...

Saya tertarik dengan kata2 berikut;

1. Anak perempuan saya baru BERTUKAR dari sekolah SWASTA ke SEKOLAH KERAJAAN.

2. Budak2 yg selalu dipukul akan cepat memberontak...saya tak suka pukul anak saya lebih senang berinteraksi sebab tu anak2 CEPAT MATURED

3. This only happened di sekolah kerajaan. SISTEM LAPOK di perlu diteliti balik. Bukan semua murid boleh diajar cara begitu. Sampai anak saya tanye balik...why the teacher hit me. I didnt do it on purpose..he is such a.monster it is xhild abuse mama. Dia pun faham cikgu tak sepatut buat camtukan.

Persoalan 1: Mengapa puan pindahkan/tukarkan anak puan dari sistem pendidikan SWASTA ke Sekolah Kerajaan.. sedangkan puan sendiri manyatakan Sekolah Kerajaan mengamalkan Sistem berpendidikan LAPOK... ( yang ni puan kena tanya dengan TPM Muhyiddin Yassin..)
Mengapa puan tak kekalkan anak puan di sekolah SWASTA seperti sebelumnya. Adakah sistem pendidikan di Sekolah SWASTA lebih teruk sehinggakan tidak dapat mendidik & mengajar anak puan menjadi seorang yang terdidik & beradap.

Persoalan 2: MATURED yang macam mana puan maksudkan..... Pandai Menutup Aurat, Sembahyang 5 waktu sehari semalam, beradap, sopan... atau sebaliknya....

Persoalan 3: "why the teacher hit me. I didnt do it on purpose..he is such a.monster it is xhild abuse mama" ayat ni macam kata2 yg sememangnya MATURED... macam bukan kata2 yang lahir dari seorang kanak2.. :-)

Walaupun saya seorang pengayuh basikal.. tp saya amat memahami beban tugas & tanggungjawab seorang guru.. & pada masa yang sama kita tak perlulah memperlekehkan tanggungjawab kerja seseorang yang lain hanya kerna kita bukan berada di tempat mereka... Moga kita jangan meletakkan kesalahan & bebanan dalam mendidik ank2 kita kepada guru semata2.. adalah tanggungjawab kita mendidik & membentuk akhlak peribadi ank2 kita sendiri bermula dari rumah lg.. Ingatlah... jgn letakkan tanggunjawab mendidik ank2 kita kepada org lain semata2... peace.... :-)


February 14, 2014 at 3:34 AM
Anonymous said...

Bapak aku kje 3 hari direct xkecoh pon..makcik cleaner kje cuci jamban xkecoh pon..deyyyyy...mna ada kje yg sng dlm dunia ni..tp aku rsa kje yg pling pnt tp puas hati dlm dunia ni kje suri rumah ar..haha..chill la cikgu..kje org len pn ada gak susahnye..bkn korg je..


February 14, 2014 at 4:18 AM
Anonymous said...

U all pndai komen eh..guru skrg skdr blh mngajar je x lg berfungsi utk mendidik..xpala guru2..dorg kt kita jgn merungut..kita mengajar jela bg ank diorg brjaya tp blm tntu yg berjaya tu jd mnusia..biarlah mak bpaj yg cerdij pandai tu yg didik ank sendiri


February 14, 2014 at 5:20 AM
Anonymous said...

Sy sangat setuju dgn pendapat dzanfokus, kerana lebih profesional dan waras berbanding Anonymous yg asyik suruh letak jwt, pendapat agak kurang bijak dlm penyelesaian masalah.


February 14, 2014 at 5:48 AM
Anonymous said...

Setuju...msa nk interview bkn main lembut lidah...serba serbi sanggup..dh dpt surat lapor diri..bkn main heboh 1 kampung buat kduri ksyukuran...3 tahun keje dh lupa dah azam mula2 keje...buang smua dlm yong sampah..yg tahu mluah kat fb..kat blog...suruh jumpa kmenterian penakut lak...g la ketuk pintu opis muhyiddin..luah depan dia...klo x layan..benti keje gi tanam serai...lg untung...


February 14, 2014 at 6:25 AM
Anonymous said...

Jgn bunyi sini...g buat surat kt ppd..x pn trus ke kmenterian


February 14, 2014 at 6:28 AM
Anonymous said...

Klo nk nmpak lg profesional...keje la btol2..jgn bising2..all d best teachers


February 14, 2014 at 6:33 AM
Anonymous said...

Ore yg dok leh trima hakikat keje sdiri lg dok profesional and kure bijok...


February 14, 2014 at 6:36 AM
Anonymous said...

Ok. Ini statement kelakar. Budak yang biadap tu hasil didikan ibu bapa yg x berjaya. X pernah lagi jumpa kwn2 yang biadap di sekolah tp x biadap di rumah. Kebiadapan tu mmg bermula dari rumah. Hanya parent yang gagal sahaja akan menyalahkan guru sebab malu x pandai didik anak sendiri.


February 14, 2014 at 6:58 AM
Anonymous said...

Yg backing TPM mcm org putra jaya....menyamar jd kerja swasta....hihihi.....


February 14, 2014 at 7:05 AM
Anonymous said...

Untung jugalah kalau cikgu tu masih nak ambil peduli psl bawak buku ke x.. kalau saya nih kerja sbg cikgu, saya x peduli, sebab ibu bapa pon x nak luangkan masa cek beg sekolah anak.. ibu bapa yg malas akan sentiasa menyalahkan org lain atas kekurangan mereka. Agaknya sb tu la sy ni bkn cikgu. Malas nk layan budak2 ..


February 14, 2014 at 7:08 AM
Anonymous said...

Suka2..


February 14, 2014 at 3:06 PM
Anonymous said...

Ini lah akibat tak tau bersyukur, banyak beza sikap guru sekarang dan dulu. Skarang scale gaji guru adalah yang tertinggi berbanding pekerja lain samada d sektor awam atau swasta. Guru2 harus ingat career path 8663 , walau hanya guru biasa tapi scale gaji lebih baik dari scale pengarah negeri/daerah. Itu belum lagi +++ utk sambung belajar dan imbuhan lain2. Saya harap pihak kerajaan segera ambil tindakan tegas keatas guru2 yang tidak ikhlas, mencerca majikan(kerajaan) , memberi berbagai alasan ini itu tak betul yg sbenarnya hanya malas dan bosan. Ramai diluar sana yg berebut nak jadi cikgu, so pihak kerajaan boleh berhentikan mereka yang menentang ini dan gantikan dgn yang lebih baik. Guru!!! Harap ikhlas dan muhasabah diri! Jalankan tanggungjawab kamu sebaiknya kerana itulah jalan mudah utk kamu ke syurga!!


February 14, 2014 at 6:03 PM
Anonymous said...

Laa......

Tajuk Muhyidin. Kadungan, sikap Muhyidin.

Tiba-tiba, komen tentang kerjaya cikgu. Apa raa...

Mintak tolong admin delete komen yang terkeluar tajuk. Penat orang ramai baca. Seorang (admin) start tajuk. Seratus orang komen. Seribu orang membaca. Harap admin dapat bertimbang rasa. Dari seratus komen tu, mungkin 30% saja tentang Muhyidin. Sokong atau bangkang tak kisah, asalkan komen tentang Muhyidin. Kasihanilah seribu orang pembaca, yang terpedaya dengan tajuk.


February 14, 2014 at 7:28 PM
Anonymous said...

Muhyidin telah memporak perandakan sistem pendidikan di negara kita.Ini diakui sendiri oleh Prof Diraja Ungku Aziz. Tidak kira la anda keje swasta ke, kerajaan ke, marilah kita bersatu hati menentang segala kepincangan ini demi anak-anak bangsa yang tercinta.


February 14, 2014 at 8:05 PM
Unknown said...

Komen saya dengan kata2 berikut:

1. Ini lah akibat tak tau bersyukur - Sejauhmanakah anda menilai samaada seseorang itu bersyukur atau tidak... adakah kita seorang yang sentiasa bersyukur, tidak pernah mengeluh, atau tidak berperasaan.. Harap kita boleh bezakan antara luahan perasaan dengan perasaan tidak bersyukur...

2. banyak beza sikap guru sekarang dan dulu - Adakah kita mempunyai pengalaman sebagai seorang guru yang berada pada kedua2 zaman, dahulu & kini... Zaman dahulu yang dimaksudkan tahun berapa? Apakah tahap pendidikan & pekerjaan ibu bapa pada zaman dahulu.. bagaimanakah tanggapan ibubapa serta masyarakat dahulu terhadap guru, Apakah pekerjaan lain yang wujud pada zaman itu (dahulu) selain guru?.. Kini ramai ibu bapa yg berpendidikan tinggi, walaupun tidak berpendidikan tinggi, aksi & kata2nya macam berpendidikan tinggi, ramai yg bekerjaya,... oleh itu cabaran buat guru juga bertambah.. dan inilah membezakan dulu dan sekarang.. Harap kita dapat fikirkan..

3.Skarang scale gaji guru adalah yang tertinggi berbanding pekerja lain samada d sektor awam atau swasta - Adakah perbandingan scale gaji dibandingkan dgn taraf pendidikan yg setaraf, DG bagi Guru, DS & DH bagi pensyarah di IPT, W bagi Kewangan, U bagi Perubatan, N bagi pentadbiran, bagaimana dengan PTD... Adakah benar Scale gaji guru tertinggi.. Harap dapat dirujuk semula ttg scale gaji dlm Jabatan Kerajaan. Cuba ambil kira jg elaun dan Time base bg setiap penjawatan..

4. Itu belum lagi +++ utk sambung belajar dan imbuhan lain2. - Sedarkah kita ada berapa ratus guru sahaja yang berpeluang mendapatkan tajaan biasiswa utk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana & Doctrac dalam setahun, berbanding berpuluh ribu guru.. Buat pengetahuan semua majoritinya menaja dengan perbelanjaan sendiri. & Buat pengetahuan semua setelah guru2 ini memiliki Sarjana & PHD.. Skim gaji mereka tidak berubah & tetap kekal seperti sebelumnya. Bagaimana dengan jabatan lain.. adakah staff yg memiliki Master & PHD tetap kekal sebagai pegawai bawahan jg dgn skim gred gaji yg sama seperti sebelumnya...

5. Saya harap pihak kerajaan segera ambil tindakan tegas keatas guru2 yang tidak ikhlas, mencerca majikan(kerajaan) - Kita seharusnya sedar, Kita adalah kerajaan... Kuasa kita memilih kerajaan & kerana pilihan kita kerajaan terbentuk... So, Tidak salah bagi kita sebagai rakyat utk bersuara bagi membetulkan kelemahan & Kepincangan corak pemerintahan kerajaan. Seperti juga pelajar yg menegur gurunya ttg kelemahan guru semasa mengajarnya.. Cth, "suara cikgu pelahan sangat la.. boleh tolong kuat sikit" Kan bagus utk penambahbaikan...

6. Ramai diluar sana yg berebut nak jadi cikgu - Adakah pernyataan ini benar2 suatu kenyataan... atau ramai yg nak jadi cikgu sebab tiada pilihan pekerjaan.. Maka inilah generasi yg akan melahirkan guru tetapi bukan cikgu.. Fikirkan..

6. kerana itulah jalan mudah utk kamu ke syurga!! - Tiada jalan mudah ke Syurga melainkan mengerjakan perkara yang diwajibkan kepada kita sebagai seorg Islam & meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT..

Kepada semua, berilah teguran & kritikan yang membina.. sebaiknya kita tafsirkanlah diri kita sebelum kita menherdik & mengkritik para pendidik khususnya penulis.

Kepada para pendidik pula, saya ucapkan syabas dan tahniah.. kerana golongan andalah maka lahirnya golongan2 yg berpendidikan tinggi seperti kami pada masa kini.. kalau tidak kerana kamu golongan pendidik, siapalah kami... walaupun sistem pendidikan kini kian berubah & semakin mencabar.. harap guru2 sekalian dapat menghadapi cabaran ini dengan fikiran yg lebih terbuka.. Lg banyak cabaran.. lg membuktikan kehebatan golongan pendidik.. Biarlah komen2 kami menjadi pencetus semangat bg meningkatkan lg kualiti keguruan.


February 14, 2014 at 11:00 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved