Difahamkan, semua lelaki berusia 30-an itu bertindak sedemikian ekoran tidak puas hati selepas premis mereka diserbu jabatan berkenaan dalam beberapa operasi yang dilaksanakan sejak Jumaat lalu.
Kumpulan terbabit pada mulanya berkumpul di hadapan pejabat JHEAINS di Jalan Rahang, di sini, jam 5 pagi dan menimbulkan provokasi selain mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai dan anggota penguat kuasa yang baru pulang daripada menjalankan serbuan di Tampin.
Mereka kemudian bertindak lebih ganas dengan masuk ke tempat letak kenderaan jabatan itu lalu merosakkan sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Pajero milik jabatan dan empat kereta iaitu dua PERODUA Kancil dan masing-masing sebuah PERODUA Viva dan Honda Civic milik pegawai dan anggota penguat kuasa.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah berkata, sebaik beliau bersama 19 pegawai dan anggota pulang dari melakukan serbuan di Tampin, beliau mendapati sembilan lelaki berkumpul di hadapan pejabatnya.
“Ketika itu mereka menjerit dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menimbulkan provokasi.
“Kami cuba menenangkan keadaan, namun kumpulan itu berterusan memaki hamun anggota penguat kuasa dan mengeluarkan perkataan berunsur ugutan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment