Menurut Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah, insiden berlaku sejurus selepas pihaknya mengadakan serbuan di beberapa premis yang menjalankan aktiviti tidak bermoral di Tampin, malam Sabtu.
"Saya percaya perbuatan ini ada kaitan dengan serbuan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Menurutnya kumpulan lelaki itu bukan sahaja mengelar tayar kenderaan pacuan empat roda milik JHEAINS tetapi juga mencalarkan kereta milik beberapa pegawai penguat kuasa yang diletak di sekitar pejabat.
"Mereka juga telah datang bertemu dengan beberapa anggota penguat kuasa kami meluahkan rasa tidak puas hati dengan operasi di Tampin tersebut," katanya.
Ahmad Zaki berkata tidak cukup dengan itu, kumpulan lelaki berkenaan menunggu pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam operasi balik ke pejabat dan memaki hamun mereka.
Ini kali pertama kejadian sebegini berlaku dan kami sudah membuat laporan polis, katanya.
Mengenai operasi di Tampin itu, Ahmad Zaki berkata pihaknya menahan tiga pasangan yang disyaki berkhalwat ketika pemeriksaan terhadap beberapa premis.
Katanya operasi enam jam dari pukul 10 malam itu melibatkan 20 pegawai penguat kuasa JHEAINS.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment