Aku fikir ada benarnya! Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon nak mertabatkan bahasa Melayu...kemudian tukar pulak Matematik Sains dlm Bahasa Inggeris (PPSMI)....kerana alasan istilah Sains banyak dlm bahasa Inggeris...kemudian dihentikan PPSMI...tukar pulak MBMMBI....import guru dari India ajar bahasa Inggeris.....sebelum tu panggil peacecorps dari USA ajar BI.....apa yang berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yang mahir BI, tetapi mat salih tu yang pandai cakap melayu! Tukar menteri, maka bertukarlah polisi! Nama kementerian pun telah bertukar berapa kali. Mula-mula Kementerian Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan, lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula!
Yang terkini tukar balik kepada Kementerian Pendidikan! Banyaknya ringgit yang dibelanjakan utk menukar-nukar tu tak dapatlah nak dihitung! Dulu diperkenal 6 anjakan pendidikan, bagai nak rak guru-guru diarah menghafal setiap ayat....kemudian tukar menteri baru, kena hafal pulak 5 polisi baru.....sekarang ada pulak PPPM, diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan....dan macam-macam lagi... Ironinya bidang pendidikan negara semakin merudum! Sistem pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus kepada akademik semata-mata...tambah 3 lagi aspek pentaksiran....sistem komputer pulak yang sepatutnya mempercepatkan proses menjadi lambat hingga guru-guru terpaksa berjaga ke 3 pagi.....kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah menjadi bahan ketawa rakan-rakan guru dari negara jiran......
Yang menyentuh hati ialah...hingga kini...kita masih terkial-kial mencari identiti dan solusi! Sedang negara jiran yang dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan. Vietnam umpamanya, ibarat pelari yang berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang!
Produk pendidikan kita juga terkial-kial tidak menjadi.....murid-murid semakin tidak beradab, ajaran agama makin terpinggir daripada hidup mereka....di sekolah, masalah-masalah disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik! Peraturan-peraturan disiplin sekolah masih menggunapakai pekeliling tahun 50-an.... Kalau diubahpun, ia diubah kepada yang lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan....
Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di "politik" kan serta di"business" kan.... Bila politik dan business mencampuri sebarang urusan...maka akan punah-ranahlah urusan itu! Ini kerana politik dan business lebih menjurus kepada kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni! Perlantikan orang-orang yang diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kepada kroni berbanding kompetensi! Maka kuasa diguna semahunya untuk menjaga kepentingan politik dan business tadi mengakibatkan berlaku side-effects yang memudaratkan!
Itu belum belum kita bicara mengenai VLE FROG,Sistem Pengurusan Sekolah bagi mengantikan Sistem Emis dan APDM...kemana hala tuju masa depan Pendidikan Negara...sama-sama kita nilai...
Oleh: YDP PIGB Kecewa
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 1 comments... read them below or add one }
Saya setuju dengan entri anda, cuma saya mahu semua masyarakat juga perlu tahu bahawa kerani yang berkhidmat di sekolah-sekolah bawah KPM juga sangat terbeban dengan sistem baru yang pelbagai rupa yang bertujuan mengubah sistem pendidikan malaysia ke arah lebih baik, tetapi dalam masa yang sama banyak kepincangan dan seperti menambahkan kerja pula. Tugasan menggunakan aplikasi semakin bertambah tetapi dalam masa yang sama kerja rutin setiap hari masih dilakukan juga. Harapnya jika ada suara yang membela nasib guru, janganlah memandang sepi golongab bawahan seperti kami pula
February 16, 2014 at 6:58 AM
Post a Comment