Menurutnya, sebarang kenyataan berhubung kes itu tidak dapat dikeluarkan sehingga laporan itu siap sepenuhnya.
“Saya sendiri terkejut dengan perkara ini kerana ia telah berlaku hampir sebulan yang lalu, namun saya tidak dimaklumkan.
“Saya hanya dapat tahu setelah membaca laporan akhbar semalam. Bagaimanapun, biarlah kes ini disiasat dengan sebaiknya dan kita nantikan sahaja keputusannya kelak,” katanya semasa ditemui di kediaman pasangan Muhd Azmi Hashim, 30, dan isterinya, Shariffah Kalsum Syed Abu Bakar, 22 di Taman Bukit Intan, kelmarin.
Norhayati diiringi Skuad Sayang Kuala Pilah turut mengucapkan takziah dan menyampaikan sumbangan peribadi berserta barangan keperluan dapur sebagai tanda simpati kepada pasangan berkenaan.
Pada 16 Januari lalu, pasangan suami isteri berkenaan kehilangan anak kembar mereka setelah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) didakwa ada unsur kecuaian.
Justeru itu, satu laporan polis telah dibuat pada 18 Januari dan difahamkan, pasangan itu turut berhasrat untuk membuat tindakan susulan terhadap kes ini agar siasatan rapi dapat dijalankan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment