ONEXOX
BannerFans.com

PRK Kajang: Anwar Tanya Khairy 'Jika Anda Pakai Jersi MU, Adakah Anda Dari Manchester?'

on Tuesday, February 4, 2014

KAJANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyindir beliau kerana memakai jersi pasukan Selangor pada satu majlis baru-baru ini.

"Menteri (Belia dan) Sukan tanya saya kenapa saya pakai jersi Selangor apabila saya dari Pulau Pinang. Saya nampak orang pakai jersi Manchester (United)... adakah mereka dari Manchester?," katanya yang menggamatkan Dewan Komuniti Taman Mesra di Kajang.



Khairy merupakan penyokong pasukan Manchester United.

Anwar, yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh turut berkata bahawa beliau tinggal di banyak tempat di Malaysia termasuk Kuala Kangsar.

"Saya turut tinggal di Kamunting selama dua tahun," katanya yang berseloroh kerana merujuk mengenai penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).





"Saya juga pernah tinggal di Selangor selama berpuluh-puluh tahun," tambahnya.

Dalam ucapannya, Anwar turut mengambil kesempatan mengulas mengenai cadangan supaya jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertanding untuk menentangnya di pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Jika dia bertanding, saya akui kalah... dalam badminton. Saya merupakan peminat beliau dan sering menonton perlawanannya.

"Saya sering mendoakan kejayaannya. Saya fikir beliau juga akan mendoakan kejayaan saya dalam pilihan raya kecil ini," katanya yang sekali lagi menggamatkan suasana dewan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Kj bangang bodoh, anwar terbaek


February 4, 2014 at 12:54 AM
Anonymous said...

Anwar bangang bodoh, kj TERBAEK!


February 4, 2014 at 1:25 AM
Anonymous said...

Korang dua org bangang bodoh, kj & anwar terbaek lagakan korang !!!


February 4, 2014 at 3:16 AM
Edy Wok said...

kj manusia yang paling bangang, hampeh


February 4, 2014 at 3:56 AM
Anonymous said...

pakah nuar mcm jilap jubo lembu..hg tgok kat pmatang pauh..ape yg ada..jnji kapala bapok dia


February 4, 2014 at 4:13 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved