Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, lelaki berkenaan ditahan pada jam 3 petang, 30 Januari lalu.
Menurutnya, lelaki berkenaan memukul isteri dan ibu mertuanya menggunakan penyapu kayu serta payung sehingga mengakibatkan ibu mertuanya mengalami kecederaan di bahagian kepala manakala isteri lebam di beberapa anggota badan.
"Difahamkan kejadian itu bukan kali pertama dan suspek sudah beberapa kali mencederakan isterinya.
"Suspek ditahan atas dua pertuduhan kerana memukul dua orang iaitu isteri dan ibu mertuanya," katanya suspek turut positif dadah jenis syabu menerusi ujian sampel air kencing.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.
Dalam perkembangan lain, enam lelaki ditahan pada Ops Tapis Khas yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah Kuala Pilah bersama Balai Polis Seri Menanti di kawasan Seri Menanti, 28 Januari lalu.
Azmi berkata, kesemua yang ditahan pada operasi bermula jam 2 pagi hingga 7.30 pagi itu berumur antara 33 hingga 60 tahun.
"Semasa serbuan itu, pihak polis turut merampas beberapa alat menghisap dadah yang digunakan suspek.
“Daripada jumlah itu, empat orang ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 dan dua orang ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Beliau operasi seumpama itu dijalankan secara berterusan bukan sahaja di kawasan Seri Menanti, malahan di seluruh daerah.
“Operasi ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kes-kes jenayah di daerah khususnya kes pecah rumah dan curi binatang ternakan serta kabel elektrik.
“Justeru itu, orang ramai disaran bekerjasama dengan pihak polis sekiranya melihat individu yang mencurigakan,” katanya.
Katanya, operasi yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Asisten Superintendan Azhar Abu Hashim bersama 15 anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan empat anggota polis dari Balai polis Seri Menanti dilakukan hasil maklumat orang ramai.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment