ONEXOX
BannerFans.com

Sahabat akrab Pasangan Malaysia di Sweden dedah cerita sebenar (Wajib baca)

on Friday, February 14, 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam dan Arif.

Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini.

Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak..


Gambar asal dari keratan akhbar.. Kenangan terakhir aku bersama Uncle Azizul dan Auntie Shal @ Stockholm, Sweden - September 2011..

Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat perkara tersebut.. Dan sila berhenti dari share perkara fitnah di Facebook dan Twitter..

Aku mengenali mereka buat pertama kali di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2005.. Ketika itu aku menuntut di University Islam Darul Uloom Zakariya.. Encik Azizul atau dengan panggilan Uncle Azizul.. Seorang yang amat mesra dengan kami ( pelajar Malaysia ).. Kerana keprihatinan beliau dan isteri Auntie Shal selalu bertanya khabar dan memberi pertolongan kepada pelajar.. Membuatkan semua pelajar mengenali dan menghormati beliau.. Mahu pun pelajar dari Indonesia, Brunei, Singapore, Kemboja, Vietnam dan juga Thailand..





Uncle Azizul dan Auntie Shal tidak pernah lupa dan segan silu menjemput kami pelajar Malaysia untuk hadir kerumah beliau di Sandton City, Johannesburg.. Bagi memeriahkan suasana jika ada majlis makan2 dan BBQ sesama rakyat Malaysia.. Malah dalam majlis keagamaan seperti tahlil, doa selamat, awal muharram, dan sebagainya beliau bersama isteri tidak pernah lupa untuk menjemput kami hadir bagi mengimamkan solat, azan, memberi tazkirah ringkas dan sebagainya..

Bersama warga Malaysia yang lain di Afrika Selatan pada ketika itu Duta Malaysia Dato' Yahya (2004), Tim. Duta Tuan Ilham Ilyas, Kakitangan Wisma Putra Abg Rohaizat, Auntie Maznah, Kak Shima (2008), Uncle Kamaruddin (2004), Uncle Wan Aizan, Abang Isharudin (2008), Pengarah JPM Dato' Rani (Dec 2006), Abang Tasya JPM (2004) dan Abang Azrul JPM (Oct 2008)..

Kakitangan MinDef DA Kolenel Dato' Ibrahim (2005), Sarjen Nazri (2004) dan Sarjen Yusoff (2008), TC Matrade Encik Mansor (2005), ATC Abang Norman (2007), Malaysia Airlines South Africa Manager Encik Yusno dan Encik Zulkarnain, Kakitangan Tourism Malaysia Abg Eddy Mazlan, Encik Rahman (2004) dan Encik Syahreem Tan (2007), Termasuklah ahli perniagaan Malaysia di Afrika Selatan Encik Wan Batu, Encik Wan Zul , Mejar (B) Amin dan bersama keluarga masing2..

Kesemua mereka ini mengenali rapat dan mengakui sifat baik ibu bapa yang ditunjukan uncle azizul dan auntie shal.. Tiada seorang pun dari mereka ini bersetuju dengan tuduhan pihak sweden.. Malahan Auntie Shal adalah seorang guru yang telah mengajar lebih 10 tahun di Sekolah Seri Putri.. Dikenali ramai pelajar dengan panggilan Miss Shal.. Kebaikan, keikhlasan dan keprihatinan Auntie Shal terhadap pelajar diakui oleh bekas2 pelajar Sekolah Seri Putri..


Hantar Arif sehingga kedalam kelas sekolah di pagi hari..

Sebagai pelajar paling rapat dengan family Uncle Azizul ketika di afrika selatan.. Aku selalu dipanggil oleh Uncle Azizul untuk hadir ke rumah beliau untuk mengajar Aisyah, Ammar, Adam dan Arif mengaji dan solat.. Dan pizza buatan aku amatlah disukai mereka berempat yang riang ini.. Sehingga ketika mengunjungi mereka di Sweden pada tahun 2011.. First thing yang Aisyah dan Ammar minta ialah " abang afif buatlah pizza.. kitorang nak makan pizza.."

Kadang2 hampir setiap weekend aku datang ke rumah mereka semasa di Afrika Selatan.. Alhamdulillah selama 5 tahun tak pernah aku lihat kanak2 ini dipukul seperti yang dituduh mahupun kesan pukulan apatah lagi deraan.. Sebagai seorang guru auntie shal sendiri tahu bagaimana mendidik anak2 beliau.. Dan aku pernah menjadi wakil keluarga untuk Aisyah, Ammar dan Adam di sekolah.. Alhamdulillah tak pernah dengar cikgu mengadu ternampak kesan deraan atau pukulan pada mereka..

Pada tahun 2011 sekali lagi aku berpeluang untuk menyambut ramadhan dan syawal bersama mereka sekeluarga di Stockholm, Sweden.. Selama lebih sebulan aku tinggal bersama mereka.. tiada banyak perubahan pada mereka sekeluarga.. Semua seperti biasa kecuali melihat aisyah, ammar, adam yang makin membesar.. dan arif sudah memulakan sesi persekolahan..

Alhamdulillah dengan cara didikan dari ibu bapa yang baik dan tanpa paksaan Ammar yang baru berumur 11 tahun mampu berpuasa di bulan Ramadhan yang pada ketika itu musim panas - siang selama 18 jam di Sweden.. Dan aku menjadi saksi melihat keupayaan ammar dengan secara rela walau beberapa kali auntie shal memberi nasihat supaya berbuka jika tidak dapat menahan puasa..

Solat adalah perkara utama yang diberi tumpuan oleh uncle azizul dan auntie shal.. Alhamdulillah selama sebulan ramadhan di Sweden.. Keluarga ini tidak pernah meninggalkan solat subuh, magrib, isya' dan terawih secara berjemaah.. Kemeriahan ramadhan bertambah lagi apabila seorang pelajar super senior auntie shal iaitu Kak Melati yang baru habis Master di Denmark datang menziarah untuk seminggu lebih..

Dan antara pelajar auntie shal yang lain iaitu Ilham Ainaa dan Nabila yang aku kenali.. yang sedang menyambung pelajaran di United Kingdom juga mengakui kebaikan dan keprihatinan "Miss Shal" semasa di Sekolah Seri Putri..

Aku bukan membuat cerita untuk menutup apa yang telah dituduh pada awalnya.. tapi semua terjadi adalah salah faham guru kelas Adam yang memikirkan bahawa ibu bapa mereka memukul dan mendera dengan teruk jika anak2 mereka tidak solat apabila adam dengan tidak sengaja dan tanpa niat memberitahu kepadanya..

Mengharapkan doa dari semua warga Malaysia.. Semoga Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal dibebaskan secepat mungkin.. Syukur alhamdulillah anak2 mereka sudah dibawa pulang.. Solat hajat untuk kebebsan mereka masih diteruskan oleh pelajar agama yang mengenali mereka di Afrika Selatan, Zambia, Mesir, Yemen, Jordan, Saudi mahupun di Malaysia.. Moga hari ni kita doakan mereka yang susah dan insyallah bila kita susah Allah membuka hati orang lain untuk mendoakan kita.. Sekian terima kasih.. - TIMETRAVELAFIF

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 19 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Salam,,Amat baik skali cara anda membuka cerita SIAPAKAH HAMBA ALLAH INI,, kpd para muslim khususnya cari lah berita yg baik drp cerita sebaliknya,, Aman diri kita Maka makmur lah, keluarga bangs n agama,,, Ingat Janji Allah Tidak akan trlewat walau sesaat,,
The


February 14, 2014 at 9:57 PM
m ali said...

Setuju dengan kebaikan sikap kedua ibu bapa ini. Tapi apa punca sebenar dan bagaimana mereka boleh didakwa.


February 15, 2014 at 1:36 AM
Anonymous said...

Bagi saya jgn kita persoalkan apa punca sebenar bagaimana mereka didakwa...Pasti ada hikmah disebalik apa yg berlaku, bersangka baiklah. Tuhan kata, jangan ditanya kenapa aku diuji??? Kerana sememangnya hamba Allah itu selayaknya diuji. MashaAllah.


February 15, 2014 at 3:56 AM
Anonymous said...

Assalamualaikum
Sy dpt meng agak cerita ini mungkin kerana segelintir yg anti islam salah faham mengenai hukuman rotan jika anak tak solat..mungkin perlu pembabitan pihak ulama terkemuka utk penerangan dan penjelasan kpd mereka yg anti islam ini...wassalam


February 15, 2014 at 6:10 AM
Unknown said...

Apa yang dceritakan..baik..tapi apa sebab tindakan krajaan sweeden nefambil tindakan sedemikian..mesti ada sebab yang serious dari itu..tiada penjelasan yang sebenar..Penjelasan ini yang peru d sebarkan..the couple should make a book on this..so the truth can be told.


February 15, 2014 at 7:26 PM
Anonymous said...

mendidik anak anak solat bukannya mendera...semoga pasangan ini dilindungi Allah s.w.t


February 15, 2014 at 7:50 PM
Anonymous said...

ya Allah lindungi mereka


February 15, 2014 at 10:51 PM
Anonymous said...

kalu ada anak pun aku pukul bab solat. Suami skrg pun aku pukul kalu dier liat nak solat. Kita pompuan pukul sbb sayang. Itu sbb kita pukul sbb takut nanti mati kene azab yang kekal abadi.


February 16, 2014 at 3:45 AM
Anonymous said...

mengajar anak bukan dgn tangan tp dgn kasih sayang,menyuruh manusia menyembah tuhan bukan melalui paksaan atau brainwashing tetapi melalui kasih sayang.Pukul sebagai alasan sayang is irrelavant.Islam is not violance.The follower is.


February 16, 2014 at 5:33 AM
Unknown said...

Selepas ini pastinya ramai rakyat Sweden akan lebih mendalami islam..
Tidak berlaku sesuatu perkara itu tanpa Allah menghendaki nya berlaku....


February 16, 2014 at 8:47 AM
Anonymous said...

Entahlah bcoz i always believe violence is nvr an answer. I pun dlm proses mdidik anak2 utk bsolat. I phatikan anak i yg 7 thn tu pun liat nk solat tp makin lama kiteorg asik suruh dia solat lama2 mkin lembut dan senang dia nk bsolat. And yg i bljr dlm islam klu dh umo 10 thn baru dbenarkn memukul.tp insya allah i rasa i x perlu kot smpai thp memukul sbb klu dh dr kecil kite lembutkn dgn psekitaran yg suka bersolat. Ye nabi bagi kebenaran utk kite memukul tp spnjg i bljr i x pnh dgr lagi nabi memukul budak2 even utk mengajar.smuanya dgunakn dgn pndekatan yg lembut


February 16, 2014 at 12:04 PM
Unknown said...

Alhamdulillah...sekurang kurangnya ada insan yg mempertahankan pasangan ini dgn penjelasan yg cukup ikhlas.
Terima kasih..


February 16, 2014 at 7:00 PM
DAYANG SINAR said...

Mendidik anak jadi penghuni syurga tanggungjawab wajib ibu bapa. Mendidik pun pelbagai cara. Orang lain tak berhak mengadili mereka tanpa menyaksikan sendiri peristiwa sebenar. Bukan satu dosa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan orang lain. Kalau batang hidung sendiri yang kena apa rasa, sebab tu bertimbang rasalah apa bila berkata-kata. Hukum dunia ni memang macam ni orang lain hanya pandai berkata-kata, di akhirat nanti rasalah sendiri. Nahuzubillah min zalik...LEBIH BAIK DOAKAN KEBAIKAN RAKAN SEAGAMA daripada berkata-kata yang boleh menimbulkan fitnah. Semoga Allah merahmati dan memberikan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat pada kita semua. Semoga pasangan suami isteri ini dan keluarganya dipelihara Allah SWT hendaknya. Amin..........


February 17, 2014 at 12:03 PM
Unknown said...

Penulis ini menceritakan apa yg dilihat...tetapi disebalik apa yg berlaku dlm keluarga ni beliau tidak ada bukti jelas...bukti dan saksi adalah anak2...sukar lah bg seorang kanak2 utk berbohong utk mengada adakan cerita...

Sifat seseorg itu jg kadang2 sukar ditafsir, pd zahir atau luarannya nampak sgt baik tetapi disebaliknya kita tidak tahu..

Cuma kita boleh doakan semoga pasangan ini tabah menerima dugaan dan dilindungi Allah SWT hendakNya..


February 24, 2014 at 8:18 AM
Anonymous said...

Saya setuju dgn pandangan Edi......memang betul ramai juga kita bertemu dgn org yg begitu baik perangai dan wataknya semasa di depan umum atau dgn org lain daripada keluarga mereka...tetapi sebalik bersikap luar biasa apabila bersama keluarga...Ada org yg begitu dermawan dgn kawan-kawannya tapi begitu berkira dgn kaum keluarganya...Nak menilai sesorang bukan dpt kita buat dgn bertemu di hari-hari tertentu kecuali setelah kita bersama dgn mereka dalam tempoh panjang....Masing-masing kita tak tahu kedudukan sebenarnya... Secara logik jika tidak benar apa yang anak-anak tu alami, masakan kesemua anak-anak beliau mencerita/ mengadu perkara yg hampir sama... Semua ibubapa mahu memastikan anak jadi insan kamil ..namun Allah tidak sampai meminta kita ibubapa sampai mendera mereka...didik dgn hikmah ... jgn lupa berdoa...Insyaallah kebaikan yg kita dpt...Banyak hikmah daripada apa yang berlaku kpd ibubapa tersebut...fikir positif, cari hikmahnya...


February 25, 2014 at 11:06 PM
Anonymous said...

xkn lah mak pak tu nk pukul dpn org ye dak..
just saying..


February 25, 2014 at 11:23 PM
mac said...

Alhamdulillah tulisan sedikit sebanyak memberikan saya gambaran lebih jelas keatas keluarga Uncle Azizul dan Auntie Shal.Sebuah keluarga melayu Islam spt lain2 keluarga diMalaysia.
Sekarang kita didedahkan dengan Perundangan Sweden, sebuah negara yg pertama yg melarang "corporal Punishment" keatas kanak2 dibawah penjagaan. Undang2 spt ini agak janggal kpd kita. Tapi itulah cara negara mereka. Kebenaran kepada kita mungkin satu pelanggaran undang kpd mereka. Yang boleh membawa hukuman penjara.
Oleh itu kita berdoa supaya "kebelasan ikhsan " dari Mahkamah Sweden supaya dapat melihat disebalik perbuatan itu utk memberikan "benefit of a doubt" yang bleh meringankan hukuman.

Oleh itu kita berdoa supaya Allah memberikan rahmat dan sekejahteraan keatas keluarga Awaludin dan Shalwati.


March 1, 2014 at 10:49 PM
Anonymous said...

Ibu bapa ni memukul anak mereka sampai patah riuk ke? 'Violent' sangat kah mereka pada anak2 mereka? Please lah, kita orang luar tak perlu nak menghukum org lain tanpa mengetahui apa sebenarnya yg terjadi. Sekadar membaca kenyataan demi kenyataan melalui akhbar tak cukup kuat utk kita jatuh kan hukum pada pasangan ini. Bagi mereka yg mempertikaikan tulisan penulis di atas dgn mengatakan beliau tidak berada atau tinggal cukup lama utk melihat kehidupan sebenar keluarga tersebut, bukan kah telah di tulis sedari awal yg beliau berpeluang utk tinggal selama sebulan dgn pasangan itu di Sweden? Kita manusia tak mampu utk sentiasa berpura2, paling lama seminggu. Tak mungkin pasangan itu berpura2 baik di depan penulis sepanjang sebulan penulis tinggal bersama mereka?


March 6, 2014 at 11:58 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved