ONEXOX
BannerFans.com

Abangnya layak ganti Khalid Ibrahim, kata Azwan Ali

on Friday, February 14, 2014

Pengacara Azwan Ali menganggap abangnya, Azmin Al, Timbalan Presiden PKR individu yang layak memegang jawatan sebagai MB Selangor.

Menurut Azwan, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa itu sudah banyak berjasa kepada PKR dan negeri itu.

“Isu Menteri Besar ini bukan kerana dia abang saya, namun sudah tiba masanya kerusi MB Selangor itu diserahkan kepada orang bernama Azmin Ali. Orang nak cakap apa pun, memang dia layak.

“Pertama, dia antara yang menang majoriti besar di Selangor dan saya jumpa ramai orang dan mereka suka Azmin. Kepada haters Azmin, apa masalah mereka? Yang mereka sakit hati Azmin Ali naik jadi MB apa hal,”? katanya dalam laporan media



Azwan juga menyatakan Azmin orang kanan dan setia kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding sesetengah pegawai-pegawai peribadi (PA).

“Satu lagi, kenapa Azmin layak kerana dialah orang kanan Anwar Ibrahim yang paling setia. Kalau ikut PA lain, semua dah lingkup. Mereka tak kuasa dah dengan Anwar.

“Saya cabar Anwar Ibrahim jawab soalan ini. Lainlah kalau Azmin tak layak, sebaliknya dia memang layak pun. Ramai orang yang nak lihat dia jadi MB,” soalnya.

“Saya menyokong Azmin kerana semangat tinggi dia sebagai seorang abang yang menerima macam-macam cabaran dan cemuhan untuk bertahan dalam politik.

“Hanya sokongan moral sebagai seorang adik kepada abangnya. Tetapi, insha Allah saya tidak menjurus kepada perjuangan partinya”, kata Azwan lagi dipetik Rakyatnews.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved